5 Cara Mudah Mengenal ADUN Lompat!

dewa
Kebelakangan ini, banyak betul katak-katak yang melompat. Musim mengawan agaknya. Adun-adun PKR yang melompat ini kesemuanya ada sifat-sifat yang sama. Adalah penting untuk mengenal sifat-sifat katak-katak ini agar kaca tidak disangka permata.

1. BEKAS AHLI UMNO

Kalau calon PKR itu merupakan ahli totok UMNO yang tiba-tiba masuk PKR bila ditolak UMNO, itulah petanda yang pertama. Sejak kecil sudah dididik dengan budaya 'tidak apa khianat dan fitnah orang'. Justeru, mereka dari UMNO yang tidak teruji dengan kesusahan merupakan golongan yang paling senang melompat. Bagaimana pula dengan Zaid Ibrahim? Zaid Ibrahim ini kes istimewa kerana dia meninggalkan UMNO ketika dirinya menjawat jawatan menteri. Dia bukan menyertai PKR untuk buat duit, sebaliknya dia kehilangan banyak peluang apabila melepaskan jawatan menteri dan meninggalkan UMNO.

Meskipun begitu, menjadi kewajipan PAS untuk mendampingi dan mentarbiyah Zaid Ibrahim agarnya dirinya sarat dengan ilmu agama.

2. ADUN kepingin projek

Kalau ADUN tu ghairah benar nak projek dan kecil hati benar bila kehilangan jawatan (EXCO etc), itulah tandanya ADUN itu akan melompat.

3. ADUN terpalit rasuah.

ADUN yang melompat di Perak sebelum ini sudah dikaitkan dengan pelbagai dakwaan rasuah. Kalau ADUN tersebut mewah semacam aje, itulah suatu tanda Adun tersebut bakal melompat. Kalau masuk UMNO, senang nak buat duit atas ingin.

Tapi, jangan ghairah sangat melompat. Bila UMNO kalah PRU, semua perasuah dan ADUN lompat yang terlibat rasuah akan diseret ke muka pengadilan. Tak sabar rasanya nak tengok muka-muka sedih dengan tangan bergari mereka di masa depan.

4. Tak Solat

Kalau ADUN tu jenis yang tak solat jemaah, itulah tandanya Adun tersebut senang nak melompat. Tak solat jemaah, tak menyertai usrah, tak ditarbiyah. Itulah antara petandanya.

5. Suka serang parti

Kalau seorang ADUN tu tiba-tiba menjadi agresif dengan tidak menyertai menyuarat dan kerap membuat kenyataan media menyerang kepimpinan Pakatan, kita boleh menghitung hari sahaja.

Masih terngiang kenyataan Zulkifli Noordin bahawa Tok Guru Nik Aziz ialah pengkhianat juga kerana PAS pernah bekerjasama dengan BN. Jangan ingat golongan Adun Lompat ini tidak reti memakai serban.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan