Ari nie nak cerita sikit pasal gelagat dan nasib artis kita. Rakan-rakan ada juga bagitau saya, tak perlulah peduli dunia artis.....tapi sebagai warga masyarakat kita kena juga ambik tahu... sikit-sikit dan sampaikan pengajaran dan dakwah melaluinya. Kena juga puji kebaikan mereka, dan tegur apa yang tak betul... kalau tak buat... dosa pula pada kita...
Artikel ini saya tuju khas kepada warga artis..maaf kalau tersebut nama. Begitu juga peminat artis...lihatlah realiti role model anda...berubahlah selagi masih ada hayat kerana bila-bila masa sahaja kita akan koma dan... dot.. dot... lu pikir la sendiri kata Nabil...
Apa hal Badrul..
Semalam kecoh semua media hiburan bila mana Badrul Muhayat didakwa membelasah Isterinya.
Kes Badrul ini masih dalam siasatan, tapi nampaknya media jelas ambil kesempatan memperbesar-besarkannya. Biasalah masalah rumahtangga. Kalau orang biasa siapa peduli. Tapi kalau selebriti, hang jentik telinga isteri pun boleh kecoh satu Malaysia. Kita yang tak tahu isu sebenar baik diam-diam. Sebagai saudara seagama yang juga ada keluarga, kita doakan yang terbaik untuknya. Letih dengar cerita artis cerai berai nie…bukan malukan kelompok artis jer, malu umat islam sekali.
Kisah Dato’
Pagi tadi pula dengar kat Radio IKIM, Ratu Rock Malaysia -Ella dapat anugerah Dato’ dari Sultan Pahang. Terkejut orang rumah. “Nyanyi lagu rock pun boleh dapat Dato’?…” gitulah komen orang rumah.
Ala biasalah…sejak Michele Yeoh dan Siti dapat Datuk…berlambak artis lain dapat Dato’ @ Datuk juga. Tak Dato’ Pahang, dapat Datuk Melaka. Johor, Pulau Pinang dan negeri lain pun boleh bagi juga.
Semalam Malek Noor pun dapat juga. Ye la..zaman sekarang bukan orang politik dan ahli perniagaan jer dapat Dato’…atlit, artis dan sesiapa pun boleh dapat.
Hah! saya pun Datuk…tak percaya..tanya la kat cucu saya…muda-muda lagi dah ada cucu sedara..terus jadi Datuk apa….bezanya..Allah yang bagi pangkat tu…nak bagi peringatan, umur dah meningkat…he..he..
Tudung -Umie dan Siti
Hah! ingat jadi Datuk senang ker…silap hari bulan boleh jadi duda…Mujur Umie Aida ada. Sejuk telinga dengar mereka nikah kat Mekah…tapi sakit gak mata bila tengok gambar majlis resepsi kat Malaysia…lmana tudungnya? lepas Majlis tu… Umie kata dia dah sedia bertudung….oooo…macam itu ka..
Kepada semua wanita Islam, tak kira artis atau tidak pakailah tudung bila kamu sudah baligh. Kerana ajal kamu akan datang tak kira kamu sedia atau tidak….
Sedih tengok Datuk Siti…lancarkan produknya, simply Siti dengan gaya jambulnya….ingat Mekah tu tempat apa…ramai artis pi Mekah…semua wartawan buat coverage, siap terjah menerjah….molek-molek pakai tudung semua…tapi duduk lama sikit kat Malaysia, datang balik perangai lama…semoga Allah beri hidayah…
Aksi Panas…panas lagi neraka tu…
Ingatkan cerita Umie dan Siti nie jer yang panas…tapi ada yang lagi panas. Dulu Fasha Sanda pernah kata dia tak kisah beraksi panas dilayar perak..kali ini dia keluar kenyataan yang sama pasal drama Spa Qistina..katanya aksi panasnya bersama anak tiri Tan Sri Azman Hashim, Ijoy Azhari adalah perkara biasa. Dia tak kisah kalau orang nak mencemuh sebab itu adalah lakonan dan aksi seni…
Seni…ha..itulah kata-kata yang turut terpencar dari mulut-mulut artis barat kalau mereka bagi komen pasal lakonan mereka. Ada yang sanggup bogel, jadi homo dan lesbian untuk hidupkan watak…Harap Fasha tak pergi sejauh itu…
Seni memang sebahagian dari Islam..maka ikutlah cara Islam..tolak cara Islam, maknanya tolak perintah Allah….nak tolak perintah Allah, pi la duduk dunia lain selain dunia milik Allah…kerana disini, Allah jualah sebaik-baik Pengarah kehidupan kita.
Dalam Islam…filem terpanjang rakamannya akan ditayangkan kepada semua makhluk di Padang mahsyar…(baca sekali lagi : ditayangkan untuk semua makhluk!)…kalau jual tiket confirm Filem Avartar dan titanic punya rekod jualan akan pecah terbarai….paling menarik itu semua rakaman individu…lagi panjang hidup…lagi panjang ceritanya….
Dannnn….aksi paling panas dan lasak boleh dilihat kat akhirat nanti…nerakalah yang paling panas aksinya.
Din Beramboi Koma….
Semalam pun keluar berita pasal Din Beramboi yang koma kat Hospital Selayang..kesian..penyakit misteri….Semoga Allah rahmati beliau….berehatlah..mungkin ada hikmahnya kerana kesakitan itu menambahkan pahala bagi mereka yang sabar, begitu juga keluarga mereka yang setia menanti serta berdoa…
Memang suprise… sebab ahad lalu baru jer tengok ulang tayang ‘Geletek’ yang mana Din Beramboi pun berlakon…Ya..la selama nie kita nampak dia sihat, siap boleh jadi pengkritik ‘Raja Lawak’ lagi..tetiba jatuh koma.
Pengajaran darinya..kita walaupun sihat, kalau Allah nak uji dengan kesakitan..kita tak boleh buat apa..redha jer…ada sahabat yang hari ini kita lihat sihat, cergas dan ok…tahu-tahu esok dia eksiden….duduklah kat hospital…Kita tidak tahu apa yang berlaku esok hari.
Gitulah dunia artis yang sempat saya jengah sikit…macam-macam hal…kita yang bukan artis nie pun banyak kisahnya…sendiri mau ingat…kita jalan satu hala…hujung Siratul Mustaqim ada dua pintu…tapi kita kena usaha dapatkan kunci pintu syurga…kalau tak nak dapat kunci neraka secara free…ha..ha..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan