ANN TANGEORGE TOWN: Seorang remaja berusia 15 tahun telah ditahan oleh pengawal keselamatan selepas dia ditangkap ketika dia cuba merogol seorang wanita berusia 28 tahun di dalam sebuah tandas awam di tingkat satu Terminal Bas Komtar di sini.Mangsa, yang bertugas di sebuah syarikat bas ekspres telah naik ke tingkat satu untuk ke tandas pada jam 9.15 malam Sabtu lalu apabila dua orang lelaki mengekorinya dan kemudian mengugut untuk mencederakannya dengan pisau.Mereka turut mendesak wanita itu supaya menyerahkan semua barang berharga.Pada masa yang sama mereka turut menyentuh bahagian sulitnya dan mengugut akan mencederakannya dengan pisau jika menjerit.Tetapi wanita itu bernasib baik apabila seorang pencuci tandas terserempak dengan mereka dan wanita itu yang memakai skirt mini, terus menjerit.Pengawal keselamatan, Zainol Mat Saad, yang berkhidmat dengan syarikat bas ekspres yang sama dengan mangsa berkata, apabila mendengar jeritan tersebut dia meluru ke arah eskalator dan bersembunyi di bawah untuk menahan penjenayah itu kerana itu adalah satu-satunya jalan keluar dari tingkat tersebut.“Sebaik sahaja budak tu turun, saya berjaya menahannya tetapi rakannya berjaya melarikan diri bersama-sama dengan bag tangan mangsa, yang mengandungi telefon tangan, barang kemas dan wang tunai RM50,” katanya ketika ditemui.Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani.Zainol kemudian memberitahu, mangsa menceritakan kepadanya dia memasuki tandas di tingkat satu setelah melihat ada wanita yang kelihatan memasuki tandas itu.“Tetapi katanya, sebaik sahaja wanita tadi keluar dua budak lelaki itu masuk dan mengunci pintu dari dalam sebelum merompak dan cuba merogol mangsa,” kata Zainol lagi.Ketua Polis George Town, Gan Kong Meng berkata, budak lelaki itu kini di reman empat hari untuk membantu siasatan.“Kami sedang menjejaki seorang lagi suspek dan juga seorang wanita untuk membantu siasatan,” ujarnya.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, Ng Wei Aik berkata, beliau akan mencadangkan kepada Penang Development Corporation (PDC) supaya memasang punat kecemasan di semua tandas di menara Komtar.“Kita telah pun memasang 50 kamera (CCTV) di dalam bangunan ini tetapi adalah tidak logik untuk memasangnya di dalam tandas. Jadi kita memerlukan satu mekanisma lain,” tegas beliau.-mstar-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan