Tahniah Dato Zaid! Walaupun tidak mencapai sasaran undir untuk memenangi undi di Parlimen Hulu Selangor namun beliau sebenarnya telah menang dalam menyatakan kebenaran, mendeklarasi taubat beliau dan berjuang untuk keadilan dan kesaksamaan. Tahniah sekali lagi.
PRK Hulu Selangor merupakan satu noktah penting bagi Pakatan Rakyat (PR). Noktah penting ini berkaitan dengan pendedahan kepada rakyat mengenai agenda keadilan dan kesaksamaan yang dibawa oleh PR. Sejak lebih 50 tahun merdeka, saya ingain menucapkan syabas kepada rakan2 pengundi bangsa Tionghua yang amat peka terhadap perlunya satu reformasi dalam sistem demokrasi negara ini. Perubahan/Tajdid/ atau reformasi ini perlu didokong oleh semua rakyat dengan satu aganda kepada membawa negara ini kearah keadilan, kesaksamaan, merakyatkan ekonomi dan menjulang tinggi perlembagaan.
Sebenarnya agenda lebih besar oleh PR ini bukan sahaja untuk mengembalikan institusi parlimen kepada sebuah institusi bermaruah dan dihormati tetapi turut membawa seluruh sistem termasuk sistem pentadbiran, kehakiman dan ekonomi yang membumbung lebih tinggi. Institusi parlimen yang dicemar oleh ahli parlimen BN sejak levih 50 tahun lalu harus di rombak. Rombakan besar ini bukan untuk menidakkan keujudan pembangkang atau pun kerajaan, kita mahukan sebuah parlimen yang di dokong oleh mereka yang bebas rasuah, bebas skandal, bermoral tinggi, memperjuangkan agenda rakyat dan berperinsip serta punya integriti tinggi.
Maka, sebab itulah saya menegaskan bahawa rakyat Hulu Selangor telah mengalami kerugian besar tidak memilih ahli parlimen mereka Dato Zaid Ibrahim! Dengan hanya habuan RM1000 pendahuluan kepada peneroka FELDA, pengundi Melayu telah menutup pintu dan jendela mereka untuk mendengan hujah PR mengenai peri-pentingnya satu perubahan. Nampaknya masyarakat Melayu di Hulu Selangor telah dirasuk oleh rasuah yang menyebabkan mereka alpa terhadap suasana negara kita yang dirundung malang oleh sebuah regim pemerintah yang dzalim, rasuah dan tercemar dengan pelbagai skandal.
Pemerhati para penganalisis politik selama tempoh kempen menunjukan Dato' Zaid telah menyerlahkan agenda yang sangat baik, mempromosi kejujuran dan mengetengahkan satu landasan yang sangat kuat bagi proses perubahan total bagi rakyat. Tapi sayang seribu-kali sayang, rakyat terutamanya masyarakat Melayu dan India menerima asakan dan sogokan rasuah dan kempen penuh provokasi oleh BN. Isu kemasukan elemen Yahudi dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan tidak berkesan kepada masyarakat Melayu, ketempangan ekonomi negara juga seolah tiadak membangkitkan rasa bimbang masyarakat, kerakusan pimpinan BN terutama UMNO dalam membudayakan rasuah seolah-olah bukan kudis bagi masyarakat!
Akhirnya saya ingin tegaskan TAHNIAH Dato' Zaid, saudara telah memulakan dan merintis satu laluan untuk mewarnakan politik Malaysia yang lebih Adil dan Saksama. Sesungguhnya masyarakat Hulu Selangor telah memilih kerugian dan 15 tahun lagilah masyarakat FELDA akan kekal tidak mendapat pembelaan sewajarnya! Syabas juga terhadap kejujuran Dato' Zaid dalam isu arak, sesungguhnya Allah itu sifatnya ArRahman dan ArRahim, ia menerima taubat hambanya tanpa hijab. Syabas Datin yang sentiasa mendampingi Dato Zaid, saya pasti Datinlah yang memotivasikan transformasi Dato' Zaid, sesungguhnya Dato' Zaid telah menang dalam Taubatnya dan BN/UMNO/MIC akan terus terapung-apung dalam kezaliman, penipuan dan rasuahnya .......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan