Hulu Selangor buat kabinet Najib kucar-kacir, Umno-MIC buat hal

Herman Samsudeen
Sesiapa pun pasti akan tergelak melihat gelagat Menteri Kabinet dan pemimpin BN yang sibuk ‘berkempen’ di Hulu Selangor kebelakangan ini. Yang pasti tindakan kalut mereka itu mengkucar-kacirkan kabinet Najib dan jentera Kerajaan yang siang malam diarah untuk memberikan apa sahaja yang dikehendaki oleh pengundi di Hulu Selangor ketika ini.

Lihat sahaja bila Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran turun. Dengan selambanya beliau berlakon jadi ‘Menteri Agama dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar merangkap Menteri Kewangan’ bagi meluluskan projek tebatan banjir dan fasiliti Masjid di Kg. Sentosa bernilai RM 2.1 juta.

Kemudian Najib pula turun ke Felda mengumumkan projek yang lebih besar, RM 32 juta untuk Projek perumahan baru di Felda Soeharto. Memang kacau, sebab dulu Felda dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, tetapi kini dikepit dicelah ketiak Najib di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Seterusnya giliran Palanivel yang disebut-sebut sebagai bakal calon pula berlakon jadi ‘Menteri Kerjaraya’ dengan meluluskan projek bernilai RM 354 ribu di kampung Sg. Buaya bagi membina padang kawat (RM144,000), membaik pulih dua buah madrasah (RM130,000) dan menurap jalan (RM80,000). Memang mengejutkan, walaupun beliau pernah jadi Timbalam Menteri Kerjaraya, tapi selepas kalah dalam PRU-12 dari mana pula dia dapat kuasa untuk gunakan duit Kementerian itu pada masa ini? SPRM masih tidur agaknya.

Belum sempat SPRM buka mata, giliran Noh Omar pula masuk panggung dan berlakon jadi “menteri Kerjaraya kedua” bagi mengumumkan projek bernilai RM2.1 juta bagi kerja-kerja membaik pulih bumbung 560 unit di tujuh blok pangsapuri kos rendah Seri Semarak di Bukit Beruntung. Pelik juga, bukankah tahun lepas Najib suruh dia jaga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Lepas ini siapa pula nak tukar kementerian atau ‘jadi pelakon tambahan’. Hah! seorang lagi pelakon sensasi belum muncul, Ketua Putera Tua Umno, Abdul Azeez Abdul Rahim. Dia belum pernah berlakon jadi ‘Menteri’, tapi pernah berlakon ‘jadi budak belasahan’ di Bagan Pinang. Kita tunggu aksinya masa hari penamaan Calon nanti. Kali ini bolehlah siap-siapkan ambulans atau keranda terus, biar nampak real.

Tapi sebelum sampai hari penamaan calon, muka pemimpin Umno-MIC kelihatan begitu ketat, tegang dan hangat. Bermula dengan tuntutan biadap Umno yang mahu rampas kerusi Hulu Selangor dari MIC atas alasan mereka lebih berpengaruh. Sampai hantar memorandum pada Najib. Tapi Najib sudah mencium siapa dibelakang tuntutan itu. Tuntutan orang-orang Muhyiddin ditolak dan Najib beri kerusi pada MIC semula.

Samy Vellu dan Palanivel tarik nafas lega sekejap. Ingatkan tenang sampai ke petang, rupanya gempa melanda lagi. Kali ini kumpulan yang menyokong Muhyiddin melobi lagi. Mereka tekad tolak Palanivel dan sebarkan keinginan mereka untuk letakkan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan sebagai calon.

Dan giliran Khairy masuk gelanggang untuk terus membakar jambatan dengan MIC. Dengan muka selamba bodoh beliau mengatakan tidak tahu bahawa masih ada pihak yang sokong Palanivel, beliau secara rasminya mengumumkan bahawa Pemuda BN sokong Mugilan.

Khairy yang diketahui umumnya sebagai orang yang kecewa sebab tak dapat jadi Menteri, sudah dijangka akan cuba mengenakan Najib yang jelas terhimpit antara tuntutan Umno dan MIC. Najib terpaksa memilih, sama ada tunduk pada desakan partinya sendiri-Umno atau mahu mengambil hati rakannya dalam MIC.

Najib yang taksub dengan gagasan 1 Malaysianya, perlu membuat pilihan. Sama ada Palanivel atau Mugilan, siang malam Najib terbayang…eh! tiba-tiba wajah Altantuya dan kapal selam pula yang muncul kat skrin komputer.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan