Kaki botol: Sudah Sampai Tahap Fitnah

HarakahDaily

KUALA LUMPUR, 19 April: Umno melalui rakan-rakan blogger mereka nampaknya secara bersungguh-sungguh benar mahu mengaibkan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dengan tuduhan kaki botolnya.Namun, apa yang dibuat oleh mereka keterlaluan sehingga sanggup membuat gambar palsu bagi membuktikan tuduhan mereka.

Walaupun Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamudin Husein menafikan Umno terlibat dengan tuduhan itu, tetapi akhbar Umno sendiri antara yang terlibat dengannya secara langsung.

(Gambar kiri yang disiarkan oleh blogger Umno manakala gambar kanan adalah gambar asal yang menjadi sumber gambar ini)

Ia disiarkan di muka depan Mingguan Malaysia Ahad lepas dengan berselindung di sebalik cabaran dari Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Ekoran dakwaan muka depan Mingguan itu para blogger Umno berbondong-bondong kononnya menyahut cabaran Azmin untuk membuktikan Zaid kaki botol.

(Gambar kiri adalah gambar yang disiarkan oleh blogger Umno manakala kanan adalah gambar asal Zaid )

Dalam laman ini adalah dua gambar yang disiarkan oleh para blogger Umno ini kononnya ia adalah bukti Zaid sedang minum arak padahal ia hanya gambar yang dibuat semula secara palsu.

Di siarkan juga gambar asal yang di'super impose'kan oleh para blogger ini atas dasar untuk memberikan bukti kepada Azmin, ini dia buktinya.

Kaki botol: Sudah sampai tahap fitnah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan