Kampus UiTM: Suhakam diminta siasat MB

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) diminta mengadakan siasatan awam terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kerana didakwa menyekat projek pembinaan cawangan Universiti Teknologi Mara (UITM) di Serendah.

uitm universiti teknologi maraSekumpulan penduduk dari Hulu Selangor hari ini menghantar memorandum yang ditandatangani 10,000 penduduk yang mengadu tindakan Abdul Khalid itu menutup peluang untuk mereka menambah pendapatan.

"Pembangunan itu sangat ditunggu-tunggu oleh penduduk setempat kerana pembangunan sekitarnya boleh menaikkan taraf ekonomi penduduk di sini," kata Seow Wei Min, 36, wakil penduduk Serendah yang diiringi 50 penduduk lain untuk menyerahkan memorandum itu kepada Pesuruhjaya Suhakam Datuk Dr Chiam Heng Keng di pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini.

chiam heng kengMemorandum itu mendapat sokongan penduduk dari Serendah, Sungai Choh, Rawang, Ulu Yam, Bukit Beruntung dan Lembah Beringin.

Chiam (
kanan) berkata penilaian akan dibuat sebelum sebarang tindakan diambil.

Dalam petisyen berkenaan, penduduk berkata mereka hilang peluang pekerjaan dan peluang berniaga secara kecil-kecilan akibat pembatalan projek itu.

hamdan adnan 140907Penasihat wakil penduduk kawasan Serendah, Datuk Mohd Hamdan Adnan (kiri) menggesa supaya inkuiri awam berkenaan diadakan secepat mungkin.

Masalah kelulusan tapak projek itu bermula apabila Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) enggan mengikut syarat ditetapkan oleh kerajaan negeri supaya Menteri Besar dan seorang anggota exco kerajaan negeri dilantik dalam lembaga yayasan tersebut.

-Bernama-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan