Kesilapan “TERBESAR” Kita ,ialah “Di Pintu Masuk” Tempat Mengundi 25 hb Nanti

profesor

Semua nampaknya hebat, terurus, lengkap dan selesai, InsyaAllah

Apa yang kita kurang?

Semua nya cukup lengkap, apa yang tak ada, semua disediakan, 3M–Money, Media&Machinery, poster, tenaga, perang saraf, perayu undi, makanan/minuman, transport dan lain–lain. Sebut saja, semua di tanggung beres.

Catatan ni adalah pengalaman semasa bertugas tiga [3] PRU, 10/99, 11/2004 & 12/2008 serta beberapa pilihanraya kecil seperti Kuala Terengganu, Permatang Pauh dan lain–lain.

Kita tewas awal di pintu masuk tempat mengundi

Pemerhatian

Bilangan petugas di kawasan tempat pembuangan undi, cukup, ramai dan hebat, dan kebiasaannya melebihi daripada permintaan. Ini lah kelebihan kita, sebab semuanya sukarela, berbanding dengan pihak yang satu lagi, kebanyakannya kena bayar dan berbayar.

Apa yang petugas–petugas ni buat?

Yang menjadi perayu–perayu undi, ok lah, sibuk dengan tugasan masing–masing, merayu undi.

Bagaimana lagi yang lain–lain tu, yang ramai–ramai kat tempat pembuangan undi?

Diperhatikan, antara nya berborak–borak, bual–bual kosong, bercakap-cakap, bergurau senda, ada yang hisap rokok, kalau kebetulan ada gerai , maka lepak2 kat gerai.

Ini masalahnya

Lawan/musuh hanya menunggu kita lalai

Bagi pengundi tegar PR, insyaAllah, tak jadi masalah besar, 100% akan sokong PKR

Manakala, bagi penyokong tegar UMNO/BN, sokongan tak jadi 100%, sebab, masih ramai kawan2 DSAI dalamnya, yang masih bersimpati, dan akan memberikan undi kepada PKR, iaitu sekutu utama PR dalam Pakatan Rakyat, maka sokongan tidak lah padu kepada calon MIC ekoran calon UMNO ‘terpaksa’ ditolak Najib.

Najib mungkin ada perhitungan lain, sangat khuatir kalau UMNO menjadi calon dan tewas, bukan saja calonnya yang tewas, bahkan partinya yang dikatakan sedang dalam pemulihan gagal, yang lebih parah lagi orang akan mengatakan Najib yang tewas, bermakna BN sebenar yang kecundang. Sekiranya ini terjadi, PRU 13 2012 nanti bermaksud kecelakaan menunggu mereka ini.

Bagi penyokong atas pagar, bergantung kepada kebijaksanaan perayu undi, program lawatan rumah ke rumah dan sebagainya memainkan peranan.

Di sini ianya berlaku ………..

Tetapi, yang menimbulkan masalah, ialah pengundi hantu, samada mengundi >1x, dan yang berkaitan dengannya.

Bagi urusan memasukkan pengundi–pengundi hantu [pengundi >2x, penundi bagi pihak orang lain, dll], bagi kawasan bercampur–campur, * bukan kawasan di Kampung–kampung [dimana kita mengenali penduduk setempat.], ia agak sukar dikawal sepenuhnya.

Projek SPR yang memindahkan seramai 14,000 pengundi ke pusat-pusat mengundi baru, atas arahan Najib dan UMNO, adalah disasarkan mungkin untuk tujuan ini. Senarai pengundi–pengundi hantu sedang diuruskan dan bersiap sedia menjalankan ‘kewajipan’ pada 25hb nanti.

Bagi kawasan–kawasan di kampung2, ianya boleh dijejak dengan teliti dan berkesan.

Bagaimana untuk mengurangkan [kalau boleh mengatasi, lagi bagus] pengundi setempat yang akan ditugaskan untuk mengundi >2x, iaitu mengundi bagi pihak orang lain,

- nama pengundi yang tidak pernah keluar mengundi [fungsi PA di dalam bilik mengundi, harus perlu meng’cam’ betul–betul, bukan setakat menanda bilangan sahaja].

- pengundi yang telah mati.

- pengundi yang mengundi atas nama orang lain, yang ada dalam senarai daftar semak, lebih awal daripada tuan punya badan.

caranya , dengan membuat pemeriksaan Kad Pengenalan, dan seumpamanya, Ini dibuat secara random [kalau boleh semua sekali lah].

Bagi pesalah [pengundi yg mengundi >1x] ini, kita dapat perhatikan gerak geri, tingkah laku mereka ini biasanya berbeza, gelabah, takut2, gelisah, cuba tengok riak air muka, samada pengundi tua [akan memegang kad pengenalan bagi pengundi tua] atau muda [akan memegang kad pengenalan bagi pengundi muda], akan ditemui tanda2 orang macam bersalah saja, memang pun bersalah sebab mengundi >1x

“Marking one to one“

Sepatutnya, ada sekumpulan petugas–petugas [perlu ada gliiran bertugas, katakan setiap 2 jam bagi satu kumpulan], yang benar–benar melakukan tugas–tugas berikut ;-

i]. Perhati

ii] Lihat

iii] Tengok

iv] Renung

v] Kelih dan sebagainya serta seumpamanya

secara fokus dan betul–betul , bukan main–main atau sambil lewa, pergerakan keluar masuk di pusat mengundi.

Kalau ini dapat dibuat, InsyaAllah kebarangkalian atau peratusan pengundi hantu [undi >1x, undi bagi pihak orang lain dll], dapat dikecilkan, walaupun tidak dapat dihapuskan 100%.

Ini lah yang dinamakan ikhtiar, lepas tu tawakkal, insyaAllah, kemenangan milik kita [maksudnya milik Allah jua].

Walaupun usul bagi membincang pemindahan pengundi di Hulu Selangor ditolak, dimana Dewan Rakyat menolak usul bagi membincangkan pemindahan pusat pengundian lebih 14,000 pengundi kerusi Parlimen Hulu Selangor oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dibawa oleh YB Fauziah Salleh [PKR-KUANTAN].

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, usul itu ditolak kerana mengikut Peraturan Mesyuarat 36 (8) Yang di-Pertuan Agong, hakim-hakim mahkamah serta suruhanjaya tidak boleh dibincangkan di dalam Dewan.

Dengan seribu alasan bagi membenarkan penolakan ini, seharusnya menguatkan lagi keazaman petugas–petugas PR.

Catatan Akhir

Dengan memindahkan pengundi ke lokaliti–lokaliti dan peti–peti undi di seluruh Hulu Selangor, SPR mengharapkan pertama dan utamanya ialah projek melahirkan seramai mungkin pengundi–pengundi hantu yang akan membuang undi lebih dari sekali, samada 2x, 3x atau lebih lagi, akan berjaya. Dengan harapan petugas–petugas PR tidak mengenalpasti dan meng’cam’ pengundi–pengundi di saluran peti undi baru.

Dan objektif kedua SPR mengharapkan pengundi–pengundi ini, yang dikatakan dari kalangan yang telah dikenalpasti sebagai penyokong PR, akan menyusahkan pengundi, seterusnya berputus asa dan tidak keluar mengundi, maka akan terjejas lah peluang PKR untuk mengekalkan kerusi P94 ini.

Samada objektif pertama atau kedua, tugasan besar dan berat digalas kini oleh petugas–petugas PR–PKR, PAS&DAP untuk menanganinya secara sistematik kedua–dua kemungkinan di atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan