KJ terus cuba 'laga' Azmin dengan Zaid

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin terus mendakwa bahawa ada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kurang senang dengan keputusan pucuk pimpinan memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya Hulu Selangor.
parliament 020709 khairy"Ada yang tidak senang dengan pemilihan Zaid, antara mereka (naib presiden) Azmin Ali dan (Ketua Pemuda PKR) Shamsul Iskandar," kata Khairy pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menurut Khairy (
kiri), Azmin juga kuathir dengan peranan lebih besar yang bakal dimainkan oleh Zaid sekiranya dia dilantik sebagai MP.

"Laporan
Reuters memetik bahawa Zaid akan menggantikan Anwar. Jika dia menang pilihan raya kecil itu, dia akan duduk bersebelahan dengan Anwar. Mana Azmin nak pergi?

"Saya menjangkakan Azmin akan terguris dan sedih dengan perkembangan ini. Sebab itu mungkin saya lihat semasa di parlimen semalam dia agak sedih,” dakwa Khairy.

NONEMengenai Shamsul, Khairy berkata laporan The Starmemetik bahawa pemimpin akar umbi PKR kecewa berhubung pemilihan Zaid.

Sejak akhir-akhir ini, Khairy, bersama Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong dan Exco Pemuda Umno, Abdul Rahman Dahlan, mendakwa di halaman
Twittermasing-masing bahawa pemilihan Zaid menyebabkan keretakan di PKR.

Diminta bukti bagi dakwaannya itu, Khairy berkata pendedahannya itu berdasarkan khabar angin yang diterima oleh penduduk tempatan Hulu Selangor.

"Ini adalah apa yang kami dengar. Kami menerima laporan daripada penduduk tempatan yang tidak berpuas hati,” katanya.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan