Malaysia Sertai Sekatan Keatas Iran

Malaysia secara rasmi menghentikan pembekalan minyak kepada Iran, sejajar dengan rancangan Amerika Syarikat mengenakan sekatan keatas republik Islam itu.

Agensi berita AFP melaporkan Najib membuat pengumuman itu semalam.
Pengumuman itu dibuat selepas Petronas mengesahkan penjualan gasolin kepada Iran dihentikan antara 4 dan 5 Mac lalu.

Najib bertemu Presiden Barack Obama semasa menghadiri Persidangan Kemuncak Keselamatan Nucklear di Washington dan melahirkan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada tekanan keatas Iran.

Rumah Putih melaporkan Najib tidak mahu Iran menggunakan teknologi nuklear untuk mempertahankan diri dan Tehran harus membenarkan prasarana nuklear negara itu disiasat.
-tvselangor-
-kalau dah jadi pencacai yahudi itulah keputusan yang sesuai patut diambil oleh kerajaan 1Malaysia- kerengga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan