Masjid bukan tempat habuan politik

Khalil Samad

Teman terkejut dengan tindakan Umno untuk terus menguasai Institusi Masjid apabila memastikan tindakan mereka dengan menyusun semua perlantikan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) yang telah diberikan tauliah tempohari sebenarnya telah melanggari peraturan amalan yang telah dilakukan selama ini terutama perlu melalui proses temuduga telah diketepikan.

Panduan yang selama ini diikuti mengikut garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diketepikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sedangkan JAKIM yang memberikan peruntukan selama ini telah dinafikan peranan yang sepatutnya diberikan keutamaan. Yang lebih parah ialah agen-agen Umno yang berada di dalam Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) merealisasikan sepertimana yang dikehendaki oleh Umno.

Ingatlah bahawa institusi masjid adalah tempat yang mulia dan tempat penyatuan ummah dan bukannya pepecahan kerana idelogi politik kepartian. Kemusnahan Institusi Masjid akan bertambah parah dengan tindakan semua yang melibatkan tanggungjawab yang sepatutnya diberikan kepada yang lebih layak tidak diberikan.

Umno yang bertanggungjawab memusnahkan dan merosakkan Institusi Masjid selama ini. Rakyat dan ahli kariah yang sepatutnya yang menentukan siapakah yang layak diberikan tanggungjawab dinafikan hak. Malah perlantikan Ahli Jawatankuasa Masjid telah dikuasai oleh Umno, dan lebih malang apabila sesiapa yang tidak menyokong Umno diketepikan untuk bersama membangunkan Institusi Masjid.

Sementelah kita bercakap dalam isu masjid ini, teman nak memgingatkan diri kita semua bahawa masjid bukanlah tempat hanya mengisi kelapangan waktu sahaja tetapi tempat memperkasa ummah dan bukannya meperkasakan pengaruh parti antara parti.Masjid bukanlah tempat dimana jamaah memakmurkannya hanya sekadar mengisi masa lapang sahaja,tetapi dihidupkannya kerana Allah semata – mata.

Masjid perlu dimakmurkan perbagai aktiviti dan bukan hanya kuliah – kuliah. Sepatutnya Jawatankuasa Masjid mesti mengaturkan jadual bertemu masyarakat yang lalai dengan tanggungjawab masing – masing dan memberikan kesedaran kepada mereka.Jawatankuasa Masjid juga jangan bangga dengan banyak duit ditabungnya,tetapi tidak dimakmurkan dengan program terancang,apatah lagi ada teman perhatikan beberapa masjid yang banyak duitnya dalam laporan kewangannya yang dipamirkan didinding masjid tetapi bilik air,tandas,kolah kotor malah ada terdapat garaj kereta, motor rosak dan bocor dan sebagainya tanpa dibaiki.

Ahli – ahli jamaah ada diantaranya datang ke masjid hanya mengisi kekosongan masa lapang.Selepas solat ` nyandor ` di berandah masjid,pekena rokok dan jika ada dikalangan Tuan Guru yang mengajar menyatakan kebenaran mengikut nas – nas hukum di cop sebagai pembangkang.

Ada juga terdapat terdapat dikalangan Ahli Jawatankuasa Masjid yang tidak mesra jamaah.Mungkin kerana mereka ini bekas pesara – pesara kerajaan yang pegang jawatan yang tinggi dan ego sebelum ini semasa masih bertugas menoleh ke masjid pun tidak.Berikanlah kasih sayang sesama jamaah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan