MIC-BN Gagal Bantu Rakyat India

Roziyah Mahamad
KUALA LUMPUR: MIC dan Barisan Nasional langsung tidak berusaha untuk memperjuangkan nasib masyarakat India di Malaysia.

Pemimpin-pemimpin hanya memperbodohkan masyarakat India kerana mereka beranggapan kononnya kononnya kelompok masyarakat India ini tiada pilihan lain kecuali akan terus menyokong MIC tetapi anggapan mereka meleset apabila masyarakat India beralih menyokong Pakatan Rakyat (PR) yang mengambil berat dan prihatin untuk membantu mereka, Kata Exco Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar dalam Majlis keramaian yang diadakan di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Baru lalu.

Dalam majlis tersebut Dr. Xavier Jayakumar EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor telah menyerahkan cek-cek kepada kesemua pengerusi-pengerusi PIBG bagi 97 buah sekolah-sekolah Tamil seluruh negeri Selangor. Secara purata setiap sekolah menerima sumbangan sebanyak RM5,000 ke RM10,000 mengikut keperluan sekolah masing-masing. Sumbangan tersebut merupakan peruntukan tahun ini dari Kerajaan Negeri untuk membantu murid-murid miskin di sekolah masing-masing.

Sebanyak 7 buah sekolah di daerah Hulu Selangor pula mendapat peruntukan tambahan bagi menambahbaik infrastruktur bangunan sekolah, membina pondok-pondok bacaan serta membaikpulih tandas sekolah antaranya Sekolah Tamil Ladang Nigel Gardner , Sekolah tamil Lima Belas, Sekolah Tamil Ladang Kerling, Sekolah Tamil Chngkat Asa, Sekolah Tamil Bukit Beruntung masing-masing menerima RM25,000 setiap sekolah manakala Sekolah Tamil Batang Kali menerima RM31,000 manakala Sekolah Tamil Sungai Choh pula menerima RM49,000.

Majlis sumbangan tersebut turut disertai oleh YB Halimah Ali, EXCO Pendidikan Negeri Selangor, YB Manikavasagam, MP Kapar, YB Charles Santiago, MP Klang, YB Gan Pei Nei Adun Rawang, YB Ravi Adun Port Dickson.

Dr. Xavier menegaskan bahawa peruntukan tersebut merupakan sebahagian dari RM4 Juta yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk menaikan taraf pendidikan di sekolah-sekolah Tamil seluruh Negeri Selangor.

Beliau berkata perkara ini tidak pernah berlaku semasa zaman BN memerintah Negeri Selangor selama 50 tahun yang lalu kerana katanya pemimpin-pemimin MIC yang kononnya memperjuangkan nasib masyarakat India dalam kerajaan BN tidak mengambil peduli terhadap tahap pendidikan sekolah-sekolah Tamil yang kebanyakannya terletak di kawasan-kawasan luarbandar atau terletak di dalam kawasan estet.

Dalam majlis yang sama beliau telah menyampaikan sumbangan RM100 setiap seorang kepada 160 orang pelajar cemerlang dari sekolah-sekolah dari daerah Hulu Selangor yang menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM tahun lepas.

Tegas Xavier lagi Kerajaan Negeri komited untuk menaikan taraf pendidikan di sekolah-sekolah Tamil dan beberapa program sedang dan akan dijalankan bagi tujuan tersebut.

http://www.erapakatan.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan