Palanivel: 'Santau' buat BN?

Sofi Wahab
PRK Hulu Selangor ibarat pertembungan klasik yang menghimpunkan pelbagai teka-teki, gelanggang beradu kekuatan pengaruh serta kuasa, mencetus kepentingan peribadi kawan dan lawan, menguji setiakawan luar dan dalam, mencetus gelombang kebangkitan semula rakyat, tersilap pilih rakyat juga menjadi taruhannya.

PKR sudah bersedia dengan calon pilihan yang terbaik buatnya. Bagaimana pula BN atau MIC sendiri? Palanivel kini umpama SANTAU buat BN dan MIC. Palanivel calon tunggal MIC, anak didik Samy Vellu dan bakal Presiden MIC dekad akan datang, jika tidak terpilih menjadi calon maka hilanglah wibawa Palanivel, musnahlah MIC dan musibah buat BN.

Sudah kedengaran ugutan memboikot oleh penyokong setia Samy Vellu, begitu juga ada cadangan untuk diambil tindakan terhadap calon lain selain Palanivel kerana calon itu pilihan UMNO bukan pilihan MIC.

Ikut logik akal, mustahil BN akan memilih calon lain selain Palanivel, jika ianya berlaku bermakna malapetaka buat BN hatta MIC sendiri. Pasti drama yang menarik akan berlaku dalam masa kurang 36 jam dari sekarang. Tunggu dan lihat.

Jika V.Mugilan terpilih menjadi calon atau sesiapa sahaja selain Palanivel, maka akan berlaku “check-mate” buat MIC. Apa tidaknya, bakal Presiden MIC pun dinyahkan oleh UMNO yang mengetuai BN.

Malah Samy Vellu dan barisan kepimpinan tertinggi MIC yang hanya mencalonkan calon tunggal MIC juga ibarat diperlekehkan oleh UMNO, V.Mugilan pula mungkin akan dipecat kerana cubaan memalukan kepimpinan tertinggi MIC…..sungguh malang jika ini yang tersirat melalui tindakan BN dalam beberapa jam akan datang.

Tidak mustahil parti “Makkal Sakhti” menjadi galang ganti buat MIC dalam BN. Tersilap percaturan memilih calon, BN pasti tersungkur diperingkat awal lagi.

Jika calon bukan Palanivel, harapan menang amat besar buat Pakatan Rakyat, jika Palanivel terpilih menjadi calon ia umpama menjadi SANTAU buat BN dan MIC kerana harapan menang dan kalah pasti ada tetapi menjadi racun berbisa yang akan memakan diri BN dulu, kini dan selamanya.

Siapa yang akan terkena SANTAU , tunggu hari penamaan calon 17 April 2010 ini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan