Pegawai JPJ dicekup SPRM

KUALA LUMPUR, 15 April: Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal pagi ini di sebuah stesen minyak di daerah Gombak di sini.

Menurut kenyataan SPRM, pegawai berkenaan ditahan kira-kira pukul 1.55 pagi kerana disyaki menerima rasuah RM200 daripada seorang pemandu lori sebagai balasan untuk tidak menyaman pemandu itu yang ditahannya pada 22 Mac lepas atas kesalahan menghalang lalu-lintas berdekatan plaza tol Gombak.

Menurut kenyataan itu, pegawai tersebut ditangkap kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(a), Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pegawai terbabit masih berada dalam tahanan SPRM untuk siasatan lanjut.

-Bernama-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan