Pilihan Raya Kecil Betulkah Kamalanthan Terlibat Nak Kalungkan Kasut Di Leher Mahathir?

Mohd Sayuti Omar

APABILA Dr Mahathir Mohamad mengatakan Samy Velu sudah tidak relevan lagi menjadi presiden MIC dan memimpin masyarakat India di negara ini, sesetengah ahli MIC yang menganggap Samy Vellu sebagai dewa bingkas memarahi Mahathir. Mereka merasa ulasan ikhlas dan berfakta oleh Mahathir itu menghina mereka.

Lantara itu ada yang lantang mahu meyarung kasut ke gambar Mahathir. Penyarungan kasut itu sebagai protes dan meluapkan rasa marah kepada bekas PM itu.

Dalam budaya kaum itu berbuatan melontar kasut ke arah seseorang adalah satu perbuatan yang cukup hina. Jadi mereka yang dilontar kasut adalah satu penghinaan.

Budaya itulah nampaknya hendak ditiru oleh sebuah NGO Perkakas kepada sebuah parti politik menjelang kunjungan Tony Balir ke negara ini seperti mana dirancangnkan itu. Katanya Ngo Perkakas itu akan melontarkan ribuan selipar ke arah Tony Blair.

Di sini bukan nak dibicarakan soal NGO Perkakas itu, tetapi untuk merenung kembali kepada perbuatan sebilangan kecil orang MIC yang menghina Perdana Menteri ke 5 itu. Mungkin setengah orang sudah lupa dan MIC cuba menyembunyikan kejadian itu dan mereka merasa gerum untuk menimbulkannya semula.

Ramai yang tidak tahu siapakah yang mempunyai idea di sebalik cadangan untuk menghina Mahathir dalam rangka membela maruah Samy Vellu itu. Para peminat dan penyokong Mahathir dan setiap insan yang kagum dengan Mahathir perlu ketahui hal ini. Mereka perlu mengingatinya satu perbuatan yang cukup terkutuk oleh sekumpulan ahli MIC itu.

Orang Melayu Umno tidak boleh melupai sejarah ini. Bila ia cuba menghina Mahathir, kehinaan itu terkena juga ke atas batang hidung Umno. Bukankah Mahathir adalah pemimpin agung Umno dulu, kini dan selamanya.

Dalam hal ini ada pihak menyebarkan SMS mengatakan calon BN, Kalamanthan turut terlibat dengan angkara di sebalik kejadian itu. Mungkin ini ia satu tuduhan saja. Maka dalam keadaan hari ini elok kalau kejadian atau penglibatan beliau itu disahkan. Kalau benar Kamalanathan turut sama terlibat dan bersekongkol dengan idea nak kalungkan kasut dileher Mahatahir itu, apakah Umno boleh biarkan begitu saja.

Sekiranya benar Kamalanthan terlibat wajar kalau Umno meminta calon BN itu memohon maaf secara terbuka kepada Mahathir dan para penyokong Mahathir. Untuk memastikan orang Melayu yang terus bernostalgia dengan Umno, yang bersemangat Melayu setajam lembing, dan keras semacam kepala kapak, Kamalanantha perlu memohon maaf.

Tetapi kalau beliau tidak terlibat dan kena mengena dengan idea itu, mungkin tidak perlu beliau memohon maaf tetapi harus juga menjelaskannya. Beliau perlu mengambil peluang dalam pilihan raya ini memohon maaf bagi MIC atas apa-apa kesalahan termasuk perbuatan atau orang yang memberi idea untuk mengalunkan leher Mahathir dengan kasut. Menghina Mahathir bererti menghina Umno Baru yang ditubuhkan Mahathir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan