Politik "Dajjal" di Hulu Selangor

tok pepijat
Antara tanda-tanda besar Kiamat ialah keluarnya Dajjal. Politik Dajjal ialah sesiapa yang ikut dan taat perintahnya"selamat" dan akan mendapat "bantuan segera"seperti langit menurunkan hujan, bumi menumbuhkan tumbuhan subur dan ternakan menjadi gemuk-gemuk.

Manakala warga penduduk yang mengingkari perintah Dajjal maka
"merana" dan "derita"lah jawabnya. Bumi warga itu akan kering kontang dan kemarau.

Begitulah "berkuasa"nya Dajjal pada masa itu sebelum Nabi Isa membunuhnya.

Persoalannya adakah politik ala Dajjal ini muncul di Hulu Selangor kini dan seluruh tempat dimana wujudnya Pilihanraya Kecil (PRK) atau pilihanraya kecil (PRU)?

Hari ini, di Hulu Selangor PM Najib begitu "ringan" mulut menawarkan"juta-juta" RM untuk sesiapa yang undi BN. Bantuan RM 3 juta jika penduduk Hulu Selangor undi BN.

Itu belum campur lagi dengan "berguni-guni" janji dari mulut pemimpin BN yang lain seperti Muhyiddin dan Menteri Kabinet yang lain.

Jika BN kalah di Hulu Selangor bermakna tiadalah bantuan buat penduduknya.

Ingat warga Hulu Selangor jika BN kalah!...."Kering kontang dan kemarau" lah bumi Hulu Selangor!

Adakah suatu kebetulan dikala Dajjal diikuti oleh 70,000 Yahudi ketika itu manakala UMNO pula sedang ikat janji dengan APCO?

Atau perkhabaran dari Hadis Rasulullah bahawa Dajjal itu punya SATU mata manakala di Hulu Selangor sedang sohor dengan SATU Malaysia . Satu kebetulan ke?

http://tokpepijat.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan