PRK Hulu Selangor, Siapa Menang?

spikeT
Setakat ini pertempuran di hulu selangor masih hangat dan hebat sekali.Kaum Melayu yang mempunyai jumlah pengundi tertinggi di lihat menyebelahi BN,namun undi di saat-saat akhir belum tentu meyebelahi BN.

Ini dilihat pertugas-pertugas Pas di tambah dengan begitu banyak sekali di saat-saat akhir kepada 7000 ke 10000 petugas,Ini adalah semata-mata ingin meraih undi orang-orang Melayu yang telah banyak di gula-gulakan dan di rasuah dengan pelbagai bantuan mee segera yang belum tentu di laksanakan seperti janji-janji pilihanraya kecil sebelum ini.

Kaum cina pula tidak menjadi masaalah kepada PKR untuk meraih undi keran MCA sendiri baru kebah dari deman( berpecah belah) dan tidak mempunyai tenaga dan semangat untuk membantu BN ketika ini,Maka DAP tidak menjadi masaalah kehadapan dalam mendapat sokongan kaum Cina,Bagi kaum India ,harapan PKR untuk mendapat undi sebanyak 40 ke 55% undi tidak menjadi masaalah, kerana calon India sebelum ini pun tidak banyak membuat kerja atau budi kepada kaum india di kawasan tersebut.

Jelas masyarakat Melayu menjadi penentu arah kedudukan politik di Negara ini.Jika calon BN di tolak maka dengan jelas konsep satu Malaysia dan dasar MEB telah di tolak oleh rakyat.

Ini akan menjadi bahan politik Pakatan Rakyat jika mereka menang dan mengatakan rakyat menolak Satu Malaysia dan Dasar MEB.Ia juga akan melemahkan semangat BN dan UMNO dalam arena Politik Malaysia.Kemenagan Pakatan Rakyat akan menaikan semnagat kerja sama antara DAP,PKR DAN PAS.Kemenagan UMNO pula sudah tentu menaikkan semangan ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen BN dan akan mengatakan rakyat Malaysia telah menerima konsep Satu Malaysia(bermaksud ORANG MELAYU KENA MENGALAH KEPADA KAUM LAIN ) dan menerima dasar ekonomi MEB yang tidak langsung menyentuh ekonomi orang melayu.

Apa yang dapat di lihat SPR cuba menggunakan kuasa mereka untuk memangkan BN/UMNO dimana ,Dengan rakus dan berniat jahat serta cukup tidak bertamadun mengunakan SPR serta kuasa yang ada dibawah SPR memindah pengundi Hulu Selangor seramai 14,000(empat belas ribu pengundi ) ke kawsan pengundi/lokalitinya di Daerah Selayang tanpa notis telebih dahulu kepada pengundi.

Jelas kerja-kerja SPR menyalahi undang-undang Perlembagaan Malaysia dan kerja SPR dianggap mengatasi Kuasa-Kuasa Parlimen. Ada arahan pehak tertentu mengarah SPR bertindak sedikian rupa dan arahan yang pasti datang dari Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Kedatangan Perdana Menteri yang kerap kali dalam pilihanraya kecil,TPM dan Mantan PM ( Tun Dr. Mahadir ) menunjukkan BN/UMNO sangat bimbang dengan suasana tidak menentu di Hulu Selangor.

Kesemua jentera BN dan banyak kewangan di keluarkan menunjukan begitu penting bagi mereka di Hulu Selangor ini.

Apa yang berlaku di atas amat sukar Pakatan Rakyat untuk menang tapi kuasa Allah siapa tahu? ..Masih menunggu keputusan rakyat Hulu Selangor mencipta sejarah. Pang5 Tok Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan