SPR sekali lagi 'melacurkan' diri dengan komponen BN

Pendedahan panas mengenai isu nama pengundi berdaftar di Parlimen Hulu Selangor ditukarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke parlimen lain kini semakin hangat diperkatakan.

Terkini, seorang pengundi yang dikenali sebagai Mohd Ali Bin Ismail, pemegang kad pengenalan 600902-05-5557 yang dikatakan berdaftar di Sungai Choh, melaporkan bahawa namanya secara tiba-tiba telah dipindahkan ke Parlimen Selayang tanpa pengetahuannya.

Malah, menurut beliau lagi bahawa alamat kediamannya ialah di Batang Kali dan selama ini beliau mengundi di Sekolah Kampung Tanjung Sungai Choh, namun kini tiba-tiba ia bertukar dengan sekelip mata tanpa pengetahuannya.

Beliau juga bercadang untuk membuat laporan polis terhadap SPR berhubung dengan perkara ini. Beliau yang membuat semakan daftar pemilih di kaunter SPR semasa program Karnival Spies dekat Stadium Mini Kuala Kubu Bharu petang semalam itu amat kecewa dengan senario yang berlaku.

Persoalannya sekarang, kenapa ini berlaku kepada pengundi Hulu Selangor dan siapakah yang menjalankan agenda jahat ini agaknya.

Malah, beliau menyatakan bahawa sudah tiga kali dia mengundi di Kampung Tanjung dalam Parlimen Hulu Selangor, tetapi kenapa namanya dipindahkan ke Parlimen selayang pula untuk pilihanraya kecil ini.

Beliau juga meminta supaya namanya ditukarkan kembali oleh SPR ke Batang Kali untuk memudahkan beliau membuang undi pada 25 April ini.

Kami cuba untuk membuat semakan berdasarkan maklumat yang diberikan, ternyata pihak SPR telah membuang terus nama pengundi terbabit dalam database mereka.

Bukan sahaja untuk semakan nama pengundi di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, malah untuk Semakan Daftar Pemilih biasa pun nama beliau sudah tiada (Rekod tidak dijumpai).

Apakah pihak SPR telah membuat perubahan dan membuang rekod nama pengundi terbabit agaknya?.

Ini mungkin bertujuan untuk menutup kesilapan dan kebobrokan yang telah mereka lakukan dalam usaha memastikan BN menang dalam apa jua cara sekali pun dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor ini.
http://kedahlanie.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan