Katanya, alasan polis bahawa peguam berkenaan ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Polis ketika memberikan khidmat guaman kepada penunjuk perasaan juga tidak dapat diterima.
Shafee berkata polis bertindak dengan mala fide ataupun niat jahat.
"Jelas sekali pencabulan hak asasi dilakukan khususnya oleh OCPD Brickfields OCPD Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid (bawah, kanan) dan DSP Jude Pereira," katanya.
"Kami berpendapat bahawa dua pegawai polis kanan itu mempunyai masa yang mencukupi bagi menilai situasi yang kini menjadi tumpuan siasatan,” kata Shafee lagi.
S
Suhakam pada mesyuarat bulanannya Mei tahun lalu memutuskan siasatan awam dijalankan bagi menentukan sama ada penahanan lima peguam tersebut melanggar peruntukan dalam perlembagaan persekutuan.
Ia juga akan menentukan sama ada tindakan itu melanggar undang-undang yang menjamin hak peguam untuk menemui tahanan serta sama ada wujud justifikasi atau keperluan untuk menangkap peguam-peguam berkenaan.
Mereka yang ditahan pada 7 Mei tahun lalu itu ialah Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Puspawati Rosman, Ravinder Singh Dhalliwal dan Syuhaini Safwan - semuanya anggota pusat bantuan guaman Majlis Peguam.
Semua mereka dibebaskan petang keesokannya.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan