Tahniah! walaupun kalah undi Pakatan meningkat di Hulu Selangor

hermansamsudeen
Tahniah kepada Datuk Zaid Ibrahim dan jentera Pakatan Rakyat, khususnya kepada petugas PAS yang berusaha bersungguh-sungguh di Hulu Selangor. Tidak lupa juga pada sokongan media seperti Harakah, Suara Keadilan, Malaysiakini, Roket dan semua jaringan termasuk blogger Pakatan yang berkerjasama menangkis fitnah BN dan menyebarkan fakta yang benar kepada rakyat.

Walau pun Pakatan kalah kali ini tetapi jika diperhatikan jumlah undi yang diterima, cukup mengembirakan. Undi Pakatan tidak merosot malah bertambah.

2004 pakatan dapat 13, 324 undi, 2008 dapat 23,177 dan 2010 dapat 23,272 undi…..boleh dikatakan bahawa Pakatan kini mpunyai 23,000 pengundi tetap untuk 2013…

sedangkan BN yg menang dgn majoriti 14 483 undi pada 2004 kini hanya mampu memperoleh majoriti 1,725 undi.

Walaupun kehilangan kerusi Hulu Selangor, namun itu sedikitpun tidak merencatkan perkembangan sokongan rakyat kepada Pakatan. BN belum boleh menabik dada dengan mengatakan sokongan rakyat telah pulih kerana mereka hanya menerima 24,997 undi kali ini berbanding 2004 dimana mereka begitu gagah dengan 27,807 undi. Mereka masih hilang hampir 3,000 pengundi.

Hulu Selangor memang sangat mendebarkan buat Pakatan kerana hanya menang tipis pada 2008 dengan majoriti 198 dengan BN menguasai 3 DUN dalam Parlimen ini. Sebab itu saya anggarkan sebelum ini peluang Pakatan BN adalah 50/50.

BN boleh kata ‘undi mereka meningkat’….tapi Pakatan lebih layak mengunakan perkataan itu sekarang.

Ada yang mengatakan bahawa kemenangan Kamalanathan ini umpama kemenangan K.Parthiban di DUN Ijok satu ketika dahulu sebelum Pakatan merampas Kerajaan Selangor….

Jika Pakatan gunakan semangat kekalahan ini untuk melawan lebih hebat lagi selepas ini, maka kehilangan 1 kerusi Parlimen hari ini akan digantikan dengan kemenangan menguasai Kerajaan Persekutuan 2013 nanti.

Yang pasti, ada hikmahnya kekalahan dan penambahan undi ini. Ini juga satu peringatan agar Pakatan jangan terlalu selesa dengan kemenangan kecil sebelum ini.

Semua ini adalah satu latihan buat jentera Pakatan dimasa akan datang.

Tahniah buat semua….Allahuakhbar...Allahuakhbar...Allahuakhbar...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan