Tayang ‘anu’ di Internet

KUALA LUMPUR: Hobi pelik memegang dan menayangkan kemaluan menerusi kamera web pada komputer membawa padah kepada seorang pelajar apabila dia menjadi mangsa peras ugut seorang lelaki gay.

Difahamkan pelajar berusia 22 tahun terbabit yang sebelum ini hanya berkenalan dengan suspek melalui laman sembang sanggup berbogel dan mempamerkan alat sulitnya selepas diminta kenalannya itu.

Lebih memalukan apabila pelajar terbabit turut sanggup menjadi guru seks dengan menurunkan ilmu untuk merangsang nafsu lelaki melalui laman Internet.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chong, 22, berkata dia berkenalan dengan lelaki yang mendakwa bekerja sebagai jurugambar pada Jun 2008 melalui Internet.

Dia berkata, lelaki terbabit menggunakan nama samaran Starwing, 30-an, kerap menghantar mesej selain berbual sebelum hubungan itu berlanjutan kepada perbincangan seks.

“Mungkin akibat terlalu akrab melalui sembang Internet, lelaki terbabit yang turut menggunakan nama Melvin pernah meminta saya berbogel dan menunjukkan alat sulit melalui rakaman kamera web,” katanya.

Menurutnya, lebih memalukan apabila Melvin turut merayu supaya dia menunjukkan teknik serta kaedah bagi merangsang nafsu dengan memegang alat sulitnya sendiri.

“Semua perlakuan ‘panas’ itu dilakukan di hadapan kamera web yang disaksikan secara langsung oleh Melvin untuk mendapatkan kepuasan seks.

“Namun, semua itu tidak berakhir setakat di laman sembang apabila Melvin memaksanya supaya berjumpa dan mengadakan hubungan seks sejenis pada 14 Mac lalu,” katanya.

Menurutnya, dia terkejut dengan permintaan itu berikutan dia bukan lelaki homoseksual seperti disangka rakannya itu.

“Namun, tindakan saya menolak ajakannya menyebabkan lelaki terbabit berang sebelum mengugut akan menyebarkan rakaman aksi bogel saya ketika melakukan adegan seks bersendirian.

“Saya panik dan memintanya supaya tidak meneruskan niat jahatnya itu. Malah, saya turut menawarkan bayaran RM200 sebagai usaha memujuknya,” katanya.

Mangsa berkata, tawarannya itu dipersetujui suspek yang datang ke rumahnya untuk mengambil wang pada 22 Mac lalu.

“Saya sangka semuanya sudah berakhir, namun lelaki terbabit menghubungi saya sekali lagi pada 8 April lalu dan meminta saya membayar RM250 lagi,” katanya yang ditemui di Biro Aduan MCA, semalam.

Menurutnya, dia memasukkan wang ke dalam akuan bank suspek seperti diarahkan berikutan bimbang rakaman gambar bogelnya disebarkan melalui Internet.

“Saya tertekan dan merasakan diri tidak selamat. Paling saya takut sekiranya ugutan berterusan dari lelaki terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Micheal Chong menasihati mangsa supaya membuat laporan polis berikutan bimbang mangsa akan terus dijadikan ‘objek’ peras ugut.
-hmetro-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan