Umno terjerat dengan isu arak dan judi di Hulu Selangor

Drs Khalil Idham Lim
Setelah 4 hari kempen di Hulu Selangor berlalu kita dapat menyaksikan cara kempen UMNO seperti semuanya tidak menjadi. Serangan demi serangan kepada peribadi Calon Pakatan rakyat nampaknya menjadi peluru hidup untuk menembak BN dan UMNO kembali.

Saya kira BN pun tidak terfikir dan jangkakan bahawa mengungkit masa lampau Zaid Ibrahim yang dikaitkan dengan arak dan Judi adalah mengungkit apa yang pemimpin UMNO buat pada masa lampau malah sampai ke hari ini.

Kerana itulah tindakan memainkan isu peribadi adalah tindakan BN dan UMNO yang sangat terdesak setelah mereka tahu modal kempen dengan isu pembangunan tidak lagi relevan pada masa sekarang.

Bayangkan sebelum penamaan calon lagi Muhyiddin turun di Hulu Selangor dan menawarkan sekolah dan perumahan kepada rakyat disitu. Selain itu mencurah-curah projek mee segera turun di situ. Isu pembaziran dengan adanya PRK tidak timbul lagi.

Pemimpin dan penceramah BN macam orang "sawan" habis-habisan serang Zaid Ibrahim dengan isu yang lampau. Namun dengan penuh kesedaran dan keinsafan beliau mengatakan sudah bertaubat dengan ucapan yang mengambarkan keluhuran peribadi dan tidak bersikap hipokrit.

Yang pasti pemimpin UMNOlah yang hipokrit, bercakap keaiban orang dimasa lampau yang telah taubat namun pemimpin UMNO masih bergelumbang dengan arak dan judi sampai sekarang.

Sebab itulah tanda-tanda kemenangan calon Pakatan Rakyat nampaknya semakin hampir dan jelas. Pengundi di Hulu Selangor saya rasakan dapat menilai bahawa keikhlasan Zaid membuktikan dia layak untuk ditabal sebagai wakil rakyat mereka yang baru.

Drs Khalil Idham Lim,
Adun Titi Serong.
http://idhamlim.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan