Zaid Ibrahim dicalunkan PKR kerana dia banyak duit !!!

shahil

Assalaamualaikum dan salam hormat...

TPM Tan Sri Muhyidin Yasin berkata "Zaid Ibrahim dipilih kerana dia banyak duit. Itulah yang saya dapat laporan dari sumber-sumber akhbar..." Demikianlah antara maksud yang dikatakan oleh TPM dalam berita jam 8 TV3 pada 14hb. April, 2010. Menarik sekali untuk diulas.

Nampak sinis sekali ketika TPM memperkatakan hal Zaid dipilih kerana dia banyak duit. Penulis tidak tahulah apa maksud perkataannya. Dan penulis tidak tahulah mengapa TPM tersimpul senyumnya ketika memperkatakan hal ini.

Mungkin TPM bermaksud, untuk membangunkan Hulu Selangor kenalah dilantik tok wakil yang banyak duit. Yelah, nak buat itu nak buat ini mestilah pakai duit bukan pakai air liur. kalau tok wakil tak ada duit mana boleh buat pembangunan.

mungkin TPM memberi isyarat bahawa jika pengundi mengundi Zaid, pengundi tidak akan dapat apa-apa pembangunan. PKR mana ada duit. Yang ada duit hanyalah BN. Tengok, bila diumum sahaja oleh SPR pilihanraya akan diadakan di Hulu Selangor, kerajaan terus mengumumkan janji projek itu projek ini. Sebab apa kerajaan berani berjanji? Kerana kerajaan banyak duit.

Atau mungkin maksud TPM ialah Zaid akan merasuah pengundi Hulu Selangor supaya memangkahnya. Dan perkataan TPM ini adalah isyarat kepada SPRM, apabila ditaqdirkan Zaid menang, jangan bertangguh sisat terus Zaid kerana dia telah merasuah pengundi kerana dia banyak duit.

Jika benar Zaid Ibrahim banyak duit, dari mana dia dapat banyak duit? Dia baru sahaja masuk PKR. Sebelum ini Zaid berada lama sekali dlaam UMNO. Tentu dia dari dalam kerajaan UMNO BNlah dia dapat banyak duit. PKR tidak ada memperuntukan projek, mana Zaid boleh dapat banyak duit.

Tetapi adakah bukti ketika Zaid di dalam UMNO dia dapat banyak projek menjadikan dia banyak duit? Yang dapat projek menjadikan banyak duit ialah para pemimpin UMNO. Kerana orang yang banyak duit rumahnya mestilah besar macam istana. Doktor gigi takkan dapat membuat rumah macam istana melainkan dia ada side income yang lain. Side income inilah yang menjadikannya banyak duit. Dan ia terbukti dengan hartanya yang menimbun.

Tapi yang pasti ialah negeri penulis iaiatu Pahang yang tak banyak duit. Pahang disahkan defisit selama tiga tahun berturut-turut oleh audit negara. Bahkan nak buat jambatan kam;pungpun terpaksa tunggu kerajaan Pusat, kerana dah tidak banyak duit.

Tapi kalau betul Zaid Ibrahim banyak duit, pengundi Hulu Selangor tunggu apa lagi? Pangkah ajalah Zaid kerana pasti Zaid akan membuat banyak projek kerana dia banyak duit. Bukankah Penasihat PKR pernah dikatakan banyak duit berkepuk dibank hinggakan BPR (ketika itu) terus menubuhkan pasukan khas untuk menyiasatnya.

Tetapi apakah bakal calun BN yang belum diumumkan itu banyak duit? Kalau dari UMNO apakah dia banyak duit? Mana mungkin, kerana ahli UMNO banyak yang tak bayar yuran keahlian. Bahkan pemudanya sahaja diperuntukan dua juta ringgit dari PM untuk menjalankan aktivitinya. Jadi mana ada wakil BN di Hulu Selangor kelak banyak duit?

Senyum simpul TPM ada makna tu...

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan