15 remaja ditahan sertai parti liar di Port Dickson

PORT DICKSON, 15 Mei: Seramai 15 remaja termasuk empat remaja perempuan ditahan ketika menyertai pesta liar di sebuah resort di pantai Teluk Kemang awal pagi tadi.

Ketika serbuan polis kira-kira 3 pagi, mereka sedang berada di bawah pengaruh alkohol dan khayal akibat pengambilan dadah di dalam sebuah bilik yang telah diubah suai sebagai disko.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Baljeet Singh berkata mereka berusia antara 16 hingga 27 tahun termasuk lima orang pelajar sebuah kolej di Lembah Klang.

“Kita turut merampas dadah jenis ketamin dalam premis itu dan hasil dari ujian air kencing mendapati, tujuh lelaki dan empat wanita berkenaan positif dadah.

“Mereka menginap di resort tersebut dengan tujuan untuk bersuka ria,” katanya.

-Bernama-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan