Abdul Aziz Perlu Jaga Wibawanya Selaku Pengerusi SPR

Mohd Sayuti Omar

ABDUL Aziz Mohd Yusuf harus berhati-hati kalau beliau terus mahu dihormati sebagai Pengerusi SPR yang telus, adil dan saksama. Beliau perlu mengekalkan tonggak perkhidmatan awam yang pernah beliau dilapaz dan diamalkan sebelum ini. Saya bimbang kalau beliau terikut-ikut dengan naluri dan kehaprakan politik apa lagi menjadi lembu dicocok hidung kepada BN penghormatan kepada beliau akan hilang.

Sebelum penjumlahan undi berlangsung beliau memuji pilihan raya Sibu sebagai baik kerana tidak ada kekacauan berlaku. Berrbanding dengan 10 pilihan raya kecil lain yang pernah dikendalikannya, pilihan raya kecil Sibu paling aman katanya.

Apa yang beliau katakan itu benar. Awal-awal lagi saya melihat masyarakat di Sibu ala kadar saja menyertai pilihan raya, maksudnya mereka tidak ghairah tidak tentu fasal. Walaupun mereka komited dengan sistem demokrasi namun mereka masih menghormati batas-batas mana yang boleh dan tidak boleh. Mereka begitu profesional.

Saya kira pujian Abdul Aziz itu akan sampai ke sudah. Dan beliau sendiri dapat menunjukkan teladan dan mempamerkan sifat bebas dan nutral sebagai seorang Pengerusi kepada sebuah suruhanjaya. Oramg mengharapo beliau akan memulihkan imej kotor SPR selama ini yang berat sebelah dan snget otak.

Malangnya tanggapan saya itu salah. Setelah separuh penjumlahan undi berjalan beliau sudah mula menunjukkan sikap berat sebelah dan cuba condong kepada pihak BN. Keadaan ini semua dapat ditebak oleh pemerhati politik. Bayangkan keputusan pilihan raya itu yang sepatutnya boleh diumumkan selewat-lewat jam 9:00 malam tetapi terpaksa diumumkan menjelang tengah malam. Budak kecil pun dapat merasai apa yang berlaku.

Hari ini Abdul Aziz cuba memberi justifikasi atas apa yang berlaku. Kelewatan itu katanya disebabkan DAP telah menghalang pegawai SPR untuk membawa undi pos dari Wisma Sanyan ke pusat pejumlah undi di dewan Suarah. Tegasnya SPR terpaksa meminta bantuan polis untuk membawa peti undi berkenaan.

Anih dan pelik dan ganjil dan 'maligul' sekali. Kenapa begitu sekali. Benarkah ada penyokong DAP menyekat peti undi itu ke pusat penjumlahan undi. Apakah hak mereka dan apakah pula tanggungjawab dan kuasa yang ada kepada SPR bagi mengatasinya?

Mungkin kata-kata Abdul Aziz itu benar. Orang DAP cuba menghalangnya (sebenarnya kawal) peti undi berkenaan bimbang takut ada undi baru yang dimasukkan. Al maklumkan ketika itu penjumlahan dari saluran-saluran lain menunjukkan DAP sudah mendahului BN lebih 3,000 undi.

Ada kemungkinan, orang DAP bimbang berlaku penyelwengan. Boleh saja berlaku undi akan ditambah atau ditukar untuk menimbuskan majoriti yang sudah diperolehi DAP. Mungkin Abdul Aziz juga sudah belajar dan masak dengan tektik dan strategi yang pernah diamal dan ditinggalkan oleh Abdul Rashid Ab Rahman dan lain-lain pengerusi SPR.

Tidak logik kalau SPR tidak berkuasa dan begitu lemah menghadapi penyokong DAP. Siapa yang ingin menyekatnya? Bila-bila masa saja dan bukan saja waktu terdesak SPR boleh menggunakan polis. Bahkan polis sepanjang masa mengawal menjaga keselamatan peti undi dan proses mengundi. Apakah perlu kenyataan dan penjelasan dari polis mengenai hal ini.

Kenyataan Abdul Aziz itu tidak akan merombak kesimpulan yang orang buat apabila keputusan itu lewat, ianya adalah permainan SPR yang cuba memberi kemenangan kepada pihak yang sudah jelas dan terang kalah. Abdul Aziz kena berhati-hati dalam soal ini. Kalau hendak beluk dan condong pun jangan sampai ketara nanti tercemar nama baik yang dicipta berpuluh tahun lalu.

Apa yang paling afdal jangan seleweng tetapi cubalah menegakkan kebenaran kerana ia disukai oleh semua orang kecuali dalam konteks pilihan raya ini UBN yang tidak begitu senang dengan kejujuran dan kebenaran.

http://msomelayu.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan