Benarkah Najib Ketuai Perarakan Menyembah Dewa Tua Pek Kong Di Sibu?

Herman Samsudeen

“PM to lead Tua Pek Kong procession” begitulah tajuk gambar keratan akhbar The Sunday Post yang dikepilkan oleh Ust. Wan Nik Wan Yussof, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan dalam Facebooknya. Dalam bahasa Melayunya “PM (Najib) akan mengetuai perarakan Tua Pek Kong (Dewa Orang Cina)”.

Ya! saya dah cari kat Wikipedia, Tua Pek Kong atau dalam bahasa Cinanya Da Bo Gong adalah seorang lelaki yang nama asalnya Zhang Li.

QuantcastBeliau dianggap dewa bagi oarng Cina di Malaysia. Dikatakan beliau tiba di Pulau Pinang 40 lebih awal sebelum Francis Light mendarat di Pulau itu pada 1746. Selepas kematian beliau, orang-orang cina membina Patung dan Tokong untuk menyembah beliau yang hingga ke hari ini dianggap sebagai dewa keramat.

Sibu amat terkenal dengan Tokong Tua Pek Kong yang mempunyai 7 bangunan berbentuk pagoda. Tokong ini adalah antara mercu tanda di bandar Sibu.

Dan jika benar Najib akan mengetuai perarakan Tua Pek Kong ini, memang sahlah. Beliau memang terdesak untuk mendapatkan sokongan orang Cina bagi PRK Sibu. Dari segi agama Islam, menjadi satu kesalahan bagi umat Islam untuk menyertai perayaan atau perarakan keagamaan bagi agama lain.

Rasulullah pernah menyebut perkara ini dalam hadisnya yang berbunyi“Barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka”. Hadis sahih ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud

Maka jelas jika dilihat dari apa yang cuba dilakukan oleh Najib, maka secara tidak langsung jika beliau pergi juga mengetuai perayaan ini atau sekadar berarak bersama mereka maka beliau juga boleh dianggap menyerupai kaum cina yang mendewakan Tua Pek Kong.

Dulu ketika perayaan Thaipusam Najib pun mahu turun. Saya bagi peringatan dalam artikel bertajuk “Harap Najib Tidak Sembahyang Di Batu Caves Masa Thaipusam”.

Hal yang sama saya ingatkan. Cukuplah dosa meletakan bunga di tugu negara yang jelas mengikuti amalan Kristian ketika meratapi jenazah penganut agama mereka. Gagasan 1 Malaysia juga tidak boleh menjadi alasan untuk Najib menyertai perayaan agama.

Kita hormati kaum Cina, India. Kita berikan kebebasan agama kepada mereka, tapi itu tidak bermakna kita perlu ikuti perayaan agama mereka. Kaum Cina khususnya, ada majlis mereka yang kita boleh sertai dan ada yang tidak.

Sambutan tahun baru yang hanya melibatkan program makan dan rumah terbuka boleh disertai sebab sambutan tahun baru masyarakat cina hanyalah sambutan mengikut kalendar cina sama seperti sambutan tahun baru 1 januari. Selain dari itu, kebanyakkannya perayaan selain itu adalah perayaan agama orang cina.

Dalam dunia ini setahu saya ada 3 jenis kalendar utama iaitu Kalendar Hijrah, Gregorian dan Kalendar Lunar bagi orang Cina.

Kepada Ustaz-ustazah dan ahli Umno, nasihatkanlah Presiden anda!

http://syukran.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan