BN Manipulasi Masalah My Kad, Ambil Hati Warga Emas Sibu

SHAH ALAM 15 MEI: Tindakan kerajaan pemerintah menggunakan isu MyKad untuk menarik undi warga emas di Sibu, dilihat sebagai kaedah terdesak Barisan Nasional menjelang proses pembuangan undi pilihanraya kecil Sibu Parlimen yang berbaki satu hari lagi.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff mempersoal mengapa selepas hampir 50 tahun Sarawak menyertai Malaysia yang diperintah Barisan Nasional, masalah berkenaan tidak selesai-selesai.

"Ini macam terlalu desprate atau terdesaknya Menteri Barisan Nasional untuk mengambil hati rakyat," katanya kepada TV Selangor hari ini.

Beliau kesal kerana isu ini kerap dibangkitkan pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen tetapi BN memutar belit fakta dengan cuba menukar masalah rakyat ini kononnya sebagai suatu bentuk sumbangan kerajaan.

"Di Sibu, My Kad dijadikan sagu hati politik untuk menarik undi kerana ketika isu itu dibangkitkan di Parlimen, ia hanya berkisar bagaimana kegagalan kerajaan mengurus masalah berkaitan kad pengenalan.

"Akan Tetapi hari ini, kita melihat perkara yang sama, sebaliknya digunakan untuk menarik undi," katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien ketika bertemu dengan warga emas di Sibu menyampaikan sijil kewarganegaraan dan sijil lewat kelahiran kepada beberapa warga emas.
tvselangor-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan