DAP masih cuba pikat sokongan pedalaman

SIBU, 15 Mei: Tinggal beberapa jam menjelang hari pengundian esok, DAP kelihatan menguasai sokongan dari kawasan-kawasan bandar, tetapi masih bertungkus-lumus untuk memikat pengundi-pengundi kawasan bandar.

Pengundian pilihan raya kecil Sibu berlangsung esok.

Perkembangan ini kelihatan ketara apabila kedua-dua Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada beberapa pertemuan awam malam tadi.

Persinggahan terakhir Anwar di Rejang Park di sini malam tadi, yang merupakan kawasan eksklusif masyarakat Cina mendapat respons menggalakkan berbanding lokasi awal ceramah beliau di kawasan Melayu/Melanau di Jalan Bandung.

Di lokasi berkenaan, ketua pembangkang ini berhadapan dengan gangguan daripada penduduk tempatan yang hampir menyebabkan pergaduhan membabitkan jentera kempen PKR, sehingga memaksa polis digerakkan untuk menyuraikan mereka.

Adun DAP Kidurong assemblyman Chew Chin Sing berkempen di rumah panjang Bawang Assan semalam. - Gambar oleh Jack Ooi
“Bagi orang Melayu di sini, adakah anda pernah menerima konsesi balak? Mereka yang menerima (konsesi) balak menyokong pihak sebelah sana, jadi anda harus datang dan menyokong kami,” kata Anwar pada ceramah yang diadakan salah satu medan selera halal utama Sibu.

PKR menganjurkan ceramah setiap malam di tempat yang sama ini dalam usaha mendapatkan sebanyak sokongan pengundi Melayu/Melanau.

Kemudian, Anwar menerima kumpulan hadirin yang lebih ghairah, yang sebelum itu mendengar ucapan Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang di Rejang Park di mana kira-kira 3,000 orang muncul di pusat operasi DAP.

Anwar mengulangi mesej yang sama di Rejang Park.

Penasihat PKR ini juga memberi hadirin, yang kebanyakannya penyokong tegar DAP, jaminan bahawa pengundi-pengundi Iban akan menyokong parti itu kali ini.

DAP menerima kira-kira 30 peratus sokongan pengundi kumpulan ini ketika pilihan raya umum 2008. Pada 8 Mac 2008, Datuk Robert Lau Hoi Chew menewaskan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng dengan perbezaan 3,235 undi dalam persaingan tiga penjuru membabitkan calon PKR.

DAP memerlukan sokongan Iban yang signifikan untuk memenangi pilihan raya kecil pertama bagi parti itu selepas pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun kunjungan pemimpin-pemimpin DAP ke rumah panjang semalam menunjukkan ia masih berhadapan dengan kesukaran untuk menembusi komuniti ini.

Di salah satu rumah panjang di Bawang Assan, yang terletak kira-kira satu jam perjalanan dengan memandu dari Sibu, wakil-wakil DAP hanya mampu untuk bertemu dengan 20 daripads 246 pengundi.

Ia merupakan kubu kuat Barisan Nasional.

“Tuai Rumah (ketua rumah panjang) tidak suka tetapi saya tidak bimbang,” kata timbalan Tuai Ruamh, Liban Berinyang.

Malah, Liban menyewakan salah satu bilik rumahnya kepada pekerja jentera PKR untuk tinggal sepanjang tempoh berkempen.

Kunjungan itu diketuai oleh Adun Kidurong Chew Chin Sing yang merupakan satu satunya wakil rakyat DAP yang boleh cakap dalam bahasa Iban.

Kumpulan itu merupakan salah satu daripada tiga rombongan pemimpin kanan mengadakan pertemuan ke rumah-rumah panjang secara berasingan semalam.

Kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu berakhir malam ini. Seramai 54,659 pengundi akan membuang undi bermula pagi esok.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan