Dato Beli Nombor Ekor Kena Cekup ?

rozmal
Datuk ke Dato yang kena cekup ni ? Buat demo judi bolasepak, mereka beli judi ekor. Serbu judi laga ayam, mereka beli Sport Toto berlesen tapi tetap haram sampai bila-bila. Melayu yang ketagih judi, sama teruk dengan Melayu ketagih arak, seks, dadah dan rasuah. Banyakkanlah usaha dakwah kita, seimbangkan dengan usaha siasah.

Sebelum itu baca juga kisah Judi Bolasepak , Hipokritnya kita ? pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/05/judi-bolasepak-hipokritnya-kita.html

***********************

DATUK BELI NOMBOR EKOR KENA CEKUP

Harian Metro 22 Mei 2010

MELAKA: Usianya menjangkau 61 tahun dan layak digelar datuk, tetapi masih meneruskan tabiat buruknya iaitu membeli nombor ekor.

Warga emas terbabit antara tujuh lelaki yang ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kerana didapati membeli serta berada di dalam premis menjual nombor ekor di bandar ini, petang kelmarin.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamanya, Rahimin Bani, berkata semua mereka yang berusia 29 tahun hingga 61 tahun ditahan di lapan premis nombor ekor yang diserbu pihaknya.

“Kebanyakan pesalah syariah yang ditahan itu tidak melawan sebaliknya akur kesalahan dilakukan kecuali seorang lelaki berusia 40-an yang cuba lari ketika diminta pengenalan dirinya.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit dicekup Jaim selepas melarikan diri beberapa meter,” katanya di sini, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan