Jimat: Menteri kena bikin seperti cakap

LanH
Sesekali saya membeli juga akhbar arus perdana. Bukan apa, mahu tahu perkembangan di tanah air dan luar negara termasuk sukan. Tidak lama dulu ketika membaca ruangan surat pembaca sebuah akhbar perdana, saya tertarik dengan sepucuk surat. Nama penulisnya, Wan Fariz Izudin Wan Yaacob, dari Shah Alam. Tajuk suratnya 'Menteri kena tunjuk teladan berjimat'.

Di sini saya siarkan suratnya untuk renungan bersama: "Saya tertarik dengan saranan Salahuddin Ayub (kini Nabi Presiden PAS) supaya menteri dipotong elaun sebagai antara langkah penjimatan wang kerajaan.

"Sebenarnya, saya kurang bersetuju saranan sesetengah menteri yang mahukan rakyat mengubah gaya hidup demi memenuhi tuntutan kenaikan harga minyak di pasaran sekarang sedangkan mereka masih mengamalkan cara hidup mewah.

"Ulasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Samad (kini bekas menteri) yang menyatakan pemotongan elaun menteri tidak rasional sama sekali, tidak boleh diterima.

"Ini bertentangan dengan saranan Perdana Menteri yang mahu rakyat keseluruhannya berjimat cermat. Walaupun pemotongan elaun menteri tidak membabitkan wang berbilion ringgit, saya pasti kerajaan dapat menjimatkan jutaan ringgit.

"Saya berasakan teladan dan contoh patut datang daripada menteri Kabinet. Jangan hanya pandai menasihati rakyat supaya berjimat cermat dan mengubah cara hidup, tetapi pada masa sama, mereka tetap hidup mewah dengan petrol kenderaan diberikan percuma.

"Ini bermakna menteri tidak berasakan apa rakyat rasakan. Mereka hanya pandai berkata-kata, namun hakikatnya mereka tidak berani menyahut cabaran kini yang sudah pun disahut rakyat."

Renungan

Daripada Ali bin Abi Talib r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku telah membuat 15 perkara ini maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu;

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah itu dijadikan suatu sumber keuntungan

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka kepada ibunya.

6. Sebaliknya dia berbaik-baik dengan kawan-kawannya.

7. Suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua suatu kaum adalah orang yang terhina di kalangan mereka.

10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai orang lelaki.

13. Para artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir zaman ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat.

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan dibinasakan, menjadi makhluk lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan