Kalau Berlaku PRK di Kota Siputeh....

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
PAS tidak akan  menggunakan kerajaan negeri untuk kepentingan parti! Ini sudah ditegaskan oleh YAB MB sejak awal lagi. Ada beberapa permohonan bantuan dari Kota Siputeh selepas kerusi itu diistiharkan kosong oleh mahkamah, antaranya permohonan memperbaiki dewan dan pagar sebuah sekolah cina di situ. MB dengan tegas menjawab, kita akan beri, tapi tunggu lepas pilihanraya, nanti dilihat sebagai 'rasuah politik' pulak

YAB juga mengarahkan program Pemimpin Bersama Rakyat yang dijadualkan di Jerlun dibatalkan, buat di daerah lain. Nanti orang tuduh kita guna kedudukan sebagai MB dan Exco untuk kempen untuk PAS. Kita akan guna jentera parti sepenuhnya kalau berlaku PRK di Kota Siputeh. Kita menang dulupun bukan ada jentera kerajaan tolong kita. Kalau rakyat marah, gunalah jentera kerajaan samahunya macam BN dulu, depa kalah juga.
.
Sampai sekarang, walaupun kerajaan negeri sudah berpendirian bahawa kerusi itu kosong, tak ada sebarang projek segera dibuat di sana, selain daripada projek yang sudah diluluskan dalam Perancangan Plan Pembangunan Daerah, mengikut prosedur biasa.
.
Saya percaya, Malaysia akan melalui satu dimensi baru berparti politik andainya berlaku PRK di Kota Siputeh. Alangkah baiknya kalau berlaku jentera parti lawan jentera parti dalam PRK itu nanti, PAS Kedah sudah bersedia ke arah itu, BN bagaimana?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan