Kenapa Polis menghalang VCD "Selepas Tsunami" diedar di Sibu?

Anak Sungai derhaka

Beberapa hari yang lalu di Sibu, pihak polis telah merampas 243 salinan VCD yang berjudul “ Selepas Tsunami” dokumentari oleh Anna Har yang diterbitkan oleh Komas.

Rampasan itu dilakukan kerana VCD tersebut disyaki mengandungi unsur-unsur menghasut dan berita mengenai rampasan tersebut telah disiarkan oleh Bernama di
sini.

Sehari kemudian pihak polis telah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa mereka telah memeriksa dan melihat isi kandungan VCD tersebut dan mendapati ianya tidak menghasut dan 234 keping VCD tersebut tidak akan dipulangkan dan ianya masih berada didalam simpanan pihak berkuasa,.

Kenapa sebenarnya pihak polis masih menyimpan kesemua 243 keping VCD tersebut dan menghalang pengedarannya dilakukan meskipun mereka telah mengatakan tiada unsur-unsur hasutan didalam VCD tersebut?

Bagi mencari jawapannya lihatlah Video Clip dari VCD tersebut dibawah…

Selepas Tsunami (After the Tsunami) from Pusat KOMAS on Vimeo.

Di bawah klip video dari youtube bertajuk selepas tsunami





http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/05/kenapa-polis-menghalang-vcd-selepas.html

Note: jika video vimeo tak berfungsi sila klik video youtube-aya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan