KSSB: MP Kapar dedah pegawai S'gor rasuah

Ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam akan menamakan pegawai kanan di Kuala Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang dimiliki oleh kerajaan negeri Selangor yang didakwa terbabit melombong pasir secara tidak sah, hari ini.

Nama-nama berkenaan akan didedahkan dalam laporan polis Manikavasagam yang akan dibuatnya hari ini setelah bermesyuarat dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pagi ini.

Menurut Manikavasagam setelah pertemuan sejam, Khalid menggesanya membuat laporan polis berhubung pegawai-pegawai yang didakwanya mengamalkan rasuah itu.

Beliau juga memberitahu Khalid berjanji akan menubuhkan jawatankuasa kecil khusus di bawah Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang ditubuhkan oleh dewan undangan negeri Selangor bagi menyiasat perkara berkenaan.

Manikavasagam telah beberapa kali mencabar Khalid untuk bertindak ke atas pegawai kanan KSSB berdasarkan dokumen yang diterimanya bagi membuktikan bahawa pegawai kerajaan dan juga perwakilan yang dipilih rakyat juga terbabit.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan