Liwat II: Mahkamah tolak permohonan Anwar

Panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan dakwaan liwat kedua yang dikenakan ke atasnya dalam tempoh sepuluh tahun.

Mereka terdiri daripada Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, hakim, James Foong dan hakim Mahkamah Rayuan, Suriyadi Halim Omar.

Dengan keputusan itu, Anwar tidak ada lagi peluang bagi merayu dan terpaksa menjalani perbicaraan kerana sebelum ini mahkamah telah dua kali menolak permohonananya.

Pada 1 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar untuk mengetepikan dakwaan berkenaan.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Md Diah memutuskan bahawa perkara itu perlu melalui perbicaraan bagi menentukan sama ada tembusan berlaku.

Mahkamah Rayuan pula pada 17 Februari lalu juga menolak permohonan Anwar bagi mengetepikan dakwaan berkenaan.

Ia memut

uskan perbicaraan perlu diteruskan di sebalik bukti daripada tiga doktor bahawa tiada tanda-tanda berlaku kemasukan di dubur Saiful.

Laporan klinikal bersama itu dibuat oleh Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Seng - yang memeriksa Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas dia mendakwa diliwat. Pemeriksaan mereka juga mendapati tiada kesan kecederaan mempertahankan diri di tubuh Saiful.

Anwar diwakili oleh peguam Karpal Singh, manakala Peguamcara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden mengetuai pihak pendakwa.

Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar, perbicaraan akan diteruskan pada Isnin ini dengan soal balas ke atas pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar, 62, didakwa melakukan kesalahan itu di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan