PAS takut Ronnie Liu atau UMNO tunduk kepada Vincent Tan?

notan
Assalamualaikum..,,

Berdegar degar suara UMNO bertempik kononnya PAS takut kepada Ronnie Liu sehingga takut untuk menegur maksiat yang tumbuh macam cendawan di Selangor (tak percaya, tanya Aerosol). Bukan main petah mereka mengejek PAS kerana tunduk dengan kehendak DAP seolah olah PAS sudah hilang arah dan hanya sekarang mengikut telunjuk DAP.

Berlainan pula di PRK Sibu, bilamana rakan UMNO, SUPP boleh mengugut pengundi dengan dakwaan mengundi DAP bermakna mengundi PAS. Di Sibu, DAP pula didakwa ikut telunjuk PAS, mana satu betul ni(wahai Aerosol), PAS ikut DAP atau DAP ikut PAS?

Yang pasti dan yang terjadi kedua dua dakwaan ini betul, PAS ikut DAP dan DAP ikut PAS. Jadi dalam kes kes tertentu dakwaan UMNO bahawa PAS ikut telunjuk Ronnie Liu adalah benar tetapi bukan kerana takutkan Ronnie Liu, cuma menghormati beliau sebagai seorang manusia yang diberi hak oleh ALLAH untuk hidup di atas muka bumi ini. Oleh itu permintaan Ronnie Liu dan DAP terhadap beberapa perkara yang didakwa UMNO sebagai haram dipenuhi atas dasar hak kemanusian seperti permintaan mereka untuk menternak babi dan pusat pusat hiburan yang tidak menggangu orang Islam.

Tetapi masalahnya di Selangor, pusat pusat hiburan yang penuh maksiat yang dipenuhi oleh orang Islam sebenarnya sudah lama bertapak sejak UMNO memerintah lagi(betul tak Aerosol) seperti orang orang Islam ditemui mabuk dipremis perniagaan yang diharamkan oleh Islam. Pernah terjadi dulu penguatkuasa agama dipersalahkan kerana menangkap orang Islam minum arak oleh pemimpin UMNO(betul tak Aerosol?) tetapi apabila kejadian rampasan arak berlaku di zaman PR dan arak itu diarahkan dikembalikan kepada pemiliknya, bangkitlah UMNO menentang kononnya PR terutamanya PAS tunduk dan takut kepada Ronnie Liu. Tetapi ketika pemimpin UMNO bising sewaktu orang Islam ditangkap sedang minum arak, kepada siapa pula mereka takut?(jawab Aerosol).

Melihat kepada urutan kejadian sejak 50 tahun lalu, UMNO bolehlah dirumuskan takut kepada Lim Goh Thong dan Vincent Tan. Vincent Tan minta DSAI dihapuskan, maka UMNO ikut sehinggalah VK Linggam koret, koret koret mendedahkanya. Bila Vincent Tan minta hakim hakim yang ada ditukar, UMNO akan turut tanpa banyak soal. Bila Vincet Tan saman orang 10 juta, UMNO menerusi hakim yang dilantik mereka memberi kemenangan kepada Vincent Tan.

Bila Vincent Tan minta lesen 7 eleven dan lesen jual arak secara terbuka tanpa ada had kepada orang Islam, lesennya diluluskan tanpa banyak bicara. Mungkin kerana pengalaman di Kelantan dan Terengganu juga, Vincent Tan minta supaya undang undang kerajaan tempatan diubah agak tidak ada lagi negeri yang sekat premis sport totonya.

Bila tiba musim piala dunia, Vincent Tan minta pula lesen judi piala dunia dan lesennya diluluskan serta merta tanpa soal. Jadi persoalannya (kepada Aerosol) siapa takukan siapa? PAS takutkan Ronnie Liu atau UMNO takutkan Vincent Tan?

-tko-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan