Penyanyi hutang nafkah anak RM18,900

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menetapkan 23 Jun ini untuk sebutan semula kes Saman Penghutang Penghakiman yang dikenakan terhadap penyanyi lagu Hijau, Zainal Abidin, 51, membabitkan tunggakan nafkah sebanyak RM18,900.

Hakim Syarie Mohd Shukor Sabudin menetapkan tarikh itu selepas menemui bekas isteri Zainal, Natasya Gabriel Abdullah (gambar), 51, yang diwakili peguam syarie, Norhusniah Husin, di dalam kamarnya.

Natasya memfailkan tuntutan itu selepas kegagalan Zainal Abidin membayar nafkah dua anak mereka, Mikhail dan Timur kini masing-masing berusia 18 dan 16 tahun, sejak 2009 sehingga sekarang.

Menurut Natasya Gabriel, selepas perceraian mereka disahkan 12 Disember 2002, Zainal Abidin bersetuju membayar nafkah anak sebanyak RM200 seorang. Dia mendakwa selepas perjanjian itu, Zainal Abidin ada membayarnya dan ada juga gagal menyebabkan jumlah tunggakan nafkah sehingga kini RM18,900.
-hmetro-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan