Perasmian Serentak Umno Cawangan Perak: Bukti Umno Perak Lemah

Dr. Raja Ahmad Al-Hiss
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat Badan Perhubungan Umno Negeri Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Pengerusinya jelas menunjukkan bahawa Umno Perak semangkin lemah dan tenat setelah usaha mengadakan perasmian serentak Umno Cawangan di seluruh Negeri Perak tidak mendapat sambutan sepertimana yang diharapkan.

DPPN Pk melihat jika seluruh 24 Umno Bahagian yang dikatakan mempunyai sebanyak 1,666 Umno Cawangan, bermakna jika setiap cawangan menghantar sekurang-kurangnya 4 orang ahli yang akan melibatkan seramai 6,664 orang ahli terdiri dari Ketua-Ketua Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri. Stadium Indera Mulia yang hanya mampu menampung seramai 3,500 orang sahaja dan sudah tentu akan melimpah serta tidak dapat menampung jumlah perwakilan semasa perasmian baru-baru ini.

DPPN Pk melihat Umno Perak yang di bawah kepimpinan Datuk Seri Zambry yang mungkin bila-bila masa sahaja akan ditukar kerana kegagalan dan kelemahannya menguruskan orang Melayu terutamanya. Ditambah dengan ketidak mampuan Pergerakkan Pemuda Umno Negeri Perak di bawah ketuanya, Maslin Sham Razman yang jelas tidak disenangi hampir 18 Pemuda Umno Bahagian. Dengan lemahnya Umno ini, DPPN Pk menyeru agar orang Melayu tidak lagi bergantung dengan Umno yang sudah tidak mampu membangunkan orang Melayu khasnya dan memimpin Negeri Perak ini amnya.

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan