Polis Ibarat Penjenayah Berlesen..!!

setisab

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu rakyat lebih bersikap adil terhadap polis dan tidak berterusan membuat andaian buruk terhadap pasukan berkenaan.
Beliau berkata, isu terbaru melibatkan kejadian tembak seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, pada Isnin lalu tidak perlu diulas secara keterlaluan sehingga menimbulkan pelbagai prejudis terhadap pasukan polis.

Satu Panel Memantau Siasatan Polis terhadap kes itu akan dibuat dan saya memberi jaminan pelantikan itu nanti akan mempertimbangkan mereka yang benar-benar bebas.''

- Hello, ini bukan andaian tetapi kenyataan!!! Jelas sikap PDRM memang buruk, hina dan jijik dipandangan mata masyarakat. Bukan kerana silap anggotanya tetapi kerana perangai Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri yang terlalu kerap menipu dan membohongi rakyat.

- Perangai buruk dan hina Ketua Polis Negara dan kebanyakkan Ketua Polis Negeri bukan lagi satu rahsia, ianya terlalu jelas dan nyata. Sikap 'double standard' dalam banyak perkara telah menjadi amalan dalam PDRM.

- Kalau agen Yahudi bolih dibiarkan bermaharajalela di Bukit Aman (Ibu Pejabat PDRM), dan Ketua Polis Negara serta Menteri Dalam Negeri berpura-pura tidak sedar... maka apakah jaminan yang dinyatakan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri bolih dipercayai?

- Sejarah penipuan Ketua Polis Negara dan pemimpin kerajaan Barisan Nasional bukan lagi cerita sulit bagi rakyat. Polis yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang telah menjadi haram jadah dengan segala sikap dan sifat jijik... rasuah, salahguna kuasa, penipuan,merompak, mencuri malah menyiksa dan membunuh seolah-olah menjadi amalan PDRM yang direstui olih kerajaan Barisan Nasional.

- Apakah dengan segala perangai buruk dan jijik amalan PDRM itu rakyat masih perlu menghormati Ketua Polis Negara dan anggotanya yang seirama dengannya??

- Maka, ada betulnya jika ada rakyat yang mengatakan polis adalah penjenayah berlesen..!!

- Anda bolih baca semua catatan saya berkaitan kesialan PDRM di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan