Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 11 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan moral kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan atas tuduhan liwat.
Beliau dilihat tiba di mahkamah pada jam 9 pagi bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan. Namun mereka tidak berada lama di mahkamah kerana ia ditangguhkan sejurus selepas itu.
Ustaz Hadi kemudiannya menaiki kenderaan dan menuju rumah Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman di rumahnya dekat Ampang. Lutfi baru selesai menjalani pembedahan pintasan jantung minggu lalu dan kini sedang bercuti rehat.
Sementara itu, perbicaraan pagi ini melibatkan penghujahan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh.
Karpal pagi ini mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan berbohong mengenai kenyataannya bahawa dia diliwat tanpa kerelaannya.
Karpal juga berkata cara rekaan kes ini cacat.
Menurutnya, Anwar sepatutnya didakwa mengikut seksyen 377c, bukan 337b.
Mahkamah ditangguhkan jam 9 pagi esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan