PRK Sibu : NAJIB KE SIBU KALI KETIGA, ISYARAT BN DALAM NAZAK

Rakyat Marhaen

Najib diberitakan bertandang ke Sibu untuk kali ketiga hari ini, iaitu hari terakhir sebelum pengundian esok.




Biasanya bila Najib turun sehingga ke saar akhirnya petandanya BN berada dalam nazak. Jika tidak masakan Najib terpaksa dan sanggup turun ke Sibu setelah memberikan habuan dan sogokan kepada pengundi Sibu 2 kali sebelum ini

BN sebenarnya masih takut kepada bayang-bayang sendiri lebih-lebih lagi BN masih sangsi dengan pendirian pengundi Cina. Bagi memastikan sokongan rakyat kembali kepada BN maka Najib terpaksa bersusah payah turun sekali lagi untuk mempengaruhi rakyat.

Namun begitu pemerhati politik masih belum dapat memastikan samada rakyat berketurunan Cina akan menyokong BN atau DAP/PR. Ini kerana dari pengamatan mereka pengundi Cina kelihatan lebih berpihak kepada DAP tetapi ianya belum tentu diterjemahkan ke dalam peti undi.

Kita tunggu esok. Apa yang pasti Najib sebenarnya secara tidak langsung mengakui BN dalam keadaan nazak sebab itu beliau turun buat kali ketiga hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan