Chua bagaimanapun tidak menghiraukan lelaki itu dan meneruskan ucapannya.
Setelah 'tetamu' yang tidak diundang itu dibawa turun dari pentas, Chua berkata,”Jangan biarkan tindakan menceroboh seseorang itu menganggu keseluruhan majlis berkenaan.”
'Tetamu' yang tidak diundang itu kemudiannya dikenal-pasti sebagai setiausaha pemuda MCA bahagian Alor Gajah, Chai Ming Swee.
Dia memberitahu yang dia ditolak dari pentas itu secara kasar dan kemudiannya dibelasah oleh tiga lelaki di bahagian kepala dan badannya. Akibat tindakan itu, bajunya koyak, manakala cermin matanya pecah.
Mujur, katanya, seorang pengawal berbangsa India campur tangan dan mengarahkannya supaya segera meninggalkan majlis itu.
"Semasa menuju ke kereta, lima lagi orang terus mengejar saya. Seorang daripada mereka melemparkan topi keledarnya yang mengenai kereta saya sehingga menyebabkan bonnet kemek.
"Saya dengan segera meninggalkan tempat itu dan menuju ke balai polis untuk membuat laporan dan seterusnya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.”
Hormati proses demokrasi
Sementara itu, Chua ketika mengulas kejadian itu hari ini berkata beliau tidak tahu mengenai dakwaan Chai yang dia dibelasah.
Menurut Chua selang beberapa saat, Chai diminta turun dan beliau tidak tahu apa yang berlaku selepas pemuda itu meninggalkan dewan berkenaan.
“Sama ada dia dipukul adalah benar atau tidar, saya tidak tahu kerana saya berada di dewan. Apa yang saya kata ialah dia boleh terus protes dan juga membidas saya. Dia mempunyai hak untuk meminta saya letak jawatan tetapi dia juga mesti tahu menghormati saya sebagai presiden baru MCA,” katanya.
Menurut Chua lagi, proses demokrasi mesti dihormati.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan