Saiful Bertemu Musa Hassan dan Ezam Sebelum Lapor Kes

KUALA LUMPUR, 12 MEI: Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam keterangannya hari ini mengakui ada bertemu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas pemimpin PKR Senator Ezam Mohd Noor sebelum membuat laporan polis akhir Jun 2008.

Saiful mengaku bercakap dengan Musa pada 25 Jun 2008 iaitu hari yang sama dia bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak di rumahnya dan seorang pegawai polis Rodhwan Yusof di sebuah hotel.

Hari ini adalah hari ketiga perbicaraan kes konspirasi terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diwakili peguam utama, Karpal Singh.

Pada peringkat ini, Saiful selaku pengadu dalam kes berkenaan disoal balas Karpal Singh.
-tvselangor-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan