Tetamu Muda

Mohd Sayuti Omar

Malam tadi sebelum tidur berbual dengan seorang cikgu asal Kelantan. Bersamanya dua orang kawan. Usianya bawa 40 tahun. Boleh tahan juga politiknya. Ceritanya perihal Tok Uban. Tok Uban yang dimaksudkan ialah Taib Mahmud. Katanya Taib memang kaya. Rakyat Sarawak dah lama tak suka. Kekayaannya antara sebabnya.

Menurutnya bukan saja banyak tanah tetapi perniagaan besar disapunya. Beliau tak bagi kepada Melayu tetapi kepada Cina. Beliau juga utamakan kepada kroninya. Semua kontrak dab kerja penyelanggaran Bandaraya Kucing diberikan kepada kroni.

Mengenai siapa penggantinya sebagai Ketua Menteri kata anak muda ini Taib akan utamakan suku kaumnya, Melanau. Orang jadi pilihannya Hassan Tengah. Harapan Johari Openg untuk jadi KM tipis sebab dia keturunan Melayu. Pun begitu kata anak muda ini bukan mudah untuk Taib lepaskan jwatan. "Mungkin dia akan jadi CM walau pun bertongkat" ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan