Bapa kepada tiga orang anak yang menetap di Klang itu difahamkam ditahan reman sejurus selepas tampil membuat laporan balas bagi mempertahankan dirinya di ibu pejabat polis daerah (IPD) Klang, berdekatan rumahnya.
Sehari selepas itu, difahamkan juga polis telah mendapat perintah reman daripada majistret untuk tempoh empat hari - berakhir hari ini - bagi membantu siasatan.
Difahamkam aduan Saiful itu dikendalikan oleh pihak IPD Sentul - tempat di mana Saiful tampil membuat laporan polisnya Khamis lalu.
Bagaimanapun, usaha Malaysiakini mendapatkan pengesahan daripada pihak balai berkenaan setakat ini belum berhasil. Sehubungan itu, pertuduhan sebenar terhadap Badrulhisham juga masih tidak dapat dipastikan.
Khamis lalu,Saiful mendakwa menerima pesanan berunsur ugutan di laman sosial Facebook daripada seorang individu yang hanya dikenali sebagai "Badrul Hisham".
Justeru, beliau tampil membuat aduan di balai polis Sentul di ibu negara petang semalam kerana "bimbangkan keselamatan diri dan dan keluarganya".
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, anggota keluarga Badrulhisham memberitahu, beliau enggan ditemubual pemberita, walapun melalui telefon buat masa ini kerana belum bersedia.
Seorang anggota keluarganya memberitahu, satu sidang media berhubung perkara tersebut mungkin dibuat esok di Klang.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan