Ketua penerangan PAS kawasan berkenaan, Zulkifli Yahaya mendakwa, tindakan Ahmad Bashah itu ekoran sejumlah ahli Umno di dua kawasan di Alor Star - DUN Alor Mengkudu dan Taman Wira Mergong dalam DUN Bakar Bata - menyertai PAS pada bulan Mac dan April lalu.
"Beliau buat sebab nak balas dendam kerana kita ambil orang dia, dia (pula) ambil orang kita," kata Zulkifli ketika dihubungi Malaysiakinipetang ini.
Ahmad Bashah juga merupakan ketua Umno bahagian Alor Star dan ADUN Bakar Bata.
Kelmarin, dilaporkan seramai 61 ahli PAS kawasan Alor Star bertindak keluar parti dan memohon menyertai Umno selepas mendakwa hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat.
Kumpulan tersebut diketuai timbalan ketua PAS cawangan Akar Penyengat, Abu Bakar Hussain, 62.
Mengulas lanjut, Zulkifli mengesahkan Abu Bakar merupakan ahli biasa PAS dari cawangan PAS Alor Penyengat dan bukan cawangan Akar Penyengat seperti yang dilaporkan.
Katanya, memang tidak terdapat tempat yang berdama Akar Penyengat di Kedah.
"Baki 60 orang lagi, adalah ahli baru yang memasuki Umno dan bukannya ahli PAS. Mereka bukan merujuk kepada ahli PAS," katanya.
Zulkifli berkata, 120 ahli Umno menyertai PAS pada Mac dan April lalu - masing-masing 65 dari Taman Wira Mergong dan 55 lagi dari DUN Alor Mengkudu.
Menurutnya, PAS Alor Star setakat ini mempunyai 50 cawangan - bertambah lapan cawangan selepas pilihan raya umum Mac 2008.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan