Zahid Hamidi menyempurnakan agenda Zionis

dewa
JAMINAN TERBARU Zahid Hamidi bahawa Malaysia tidak akan memberi sebarang
bantuan persenjataan kepada rakyat Palestin yang menderita menyempurnakan agenda Zionis Najib yang sebelum ini menggadai maruah negara dengan melantik syarikat Zionis iaitu APCO sebagai pengurus kempen 1Malaysia. Keratan akhbar disertakan:

"Berita Harian: Zahid perjelas pertemuan dengan Ehud Barak

2010/05/03KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi, hari ini menafikan tuduhan bahawa Malaysia memberi bantuan persenjataan kepada pejuang Palestin bagi meredakan kemarahan mereka terhadap pertemuannya dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak.

Beliau berkata, kerajaan tidak pernah menjanjikan apa-apa bantuan persenjataan kepada Palestin
.“Kerajaan Malaysia adalah amat komited berhubung dengan status negara Palestin yang bebas dan berdaulat tanpa penindasan pihak Israel. Kerajaan sering menyuarakan bahawa pihak tentera Israel perlu menghentikan segala bentuk penindasan yang dilakukan.' tamat

Sepatutnya, Zahid Hamidi tidak perlu menggeletar lutut berjumpa Ehud Barak lalu membuat sidang media menjelaskan bahawa Malaysia tidak akan sesekali menolong Palestin dengan memberi bantuan persenjataan. Kalau dah munafik sangat dan tidak ingin membantu, tak apalah tetapi duduk diam diam ajelah! Buat sidang media menjelaskan Malaysia tidak akan tolong buat apa?

Saya faham polisi TKO yang mendelete perkataan buduh oleh itu saya menggunakan istilah 'kurang cerdik!' Teringat saya akan tempelak Mat Sabu suatu ketika di Parlimen dahulu : "Kurang cerdik tu BODO LA'.. sewaktu di minta oleh speaker agar menggunakan istilah selain buduh.

Pengkhianatan ke atas Zionis ini benda kecil sahaja. Telaga minyak RM320 billion pun boleh diserahkan gitu gitu saja kepada negara asing. Dengan rakyat sendiri, kedekut gile pula.

Entahlah apa nak jadi dengan Malaysia nih..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan