Zaid Ibrahim Fail Petisyen Batal Keputusan PRK Hulu Selangor

Bekas Menteri Undang-Undang Datuk Zaid Ibrahim memfailkan petisyen pilihanraya meminta Suruhanjaya Pilihanraya membatalkan keputusan PRK Hulu Selangor.

Petisyan ini difailkan ke pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, dibawah Seksyen 32(a) dan 32(c) dibawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Zaid dalam petisyen beliau mengenalpasti lima kejadian sogokan rasuah, termasuk peruntukan RM3 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Rasa, serta bayaran wang ringgit kepada bekas peneroka Felda Sungai Buaya dalam kempen PRK Hulu Selangor.

Keputusan PRK Hulu Selangor menyaksikan Zaid tewas kepada calon BN, P Kamalanathan dengan majoriti 1,725 undi.
-tvselangor-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan