Agen CIA dan Mossad di dalam Kumpulan Islam

amkns
Dari laman web Islam Online

Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) dan perisikan Israel – Mossad – mempunyai ahli menyamar dalam kumpulan Islam seperti Hamas di Palestin, Hizbullah di Lubnan dan Jemaah Islamiyah (JI) di Indonesia, menurut pakar perisikan Indonesia.

“Ianya jelas CIA dan Mossad mempunyai agen dalam kumpulan ini dan tindakan mereka adalah lebih dari dijangkakan,” menurut Sayed Abdullah, yang mengendalikan firma perisikan di kepulauan Maluku di Indonesia.

Beliau mendakwa “agen ini berupaya melakukan kerosakan terhadap kumpulan Islam dengan kejadian bunuh dua orang pemimpin Hamas dalam masa sebulan”.

Abdelaziz Rantissi, pemimpin Hamas di Gaza telah dibunuh pada 17 April dalam satu serangan udara.

Kurang dari tempoh sebulah pemimpin Hamas Sheikh Ahmed Yassin dibunuh dengan tiga peluru berpandu yang ditembak dari helicopter.

“Adalah jelas CIA dan Mossad, dengan dibantu Polis Khas Australia (SAP) dan agensi perisikan England MI5, bekerjasama untuk melumpuhkan kumpulan Islam dalam usaha melemahkan umat Islam seluruh dunia,” dakwa Sayed.

Menurut Sayed pembunuhan Rantissi telah dirancang untuk melemahkan gerakan penentangan rakyat Palestin.

Israel tidak akan melakukan tindakan demikian jika mereka tidak pasti apa akibat susulan.

Beberapa pemimpin Hamas telah beberapa kali mendakwa bahawa pihak Israel telah berjaya meletakkan agen menyamar dalam Hamas.

Talam dua muka Israel ini adalah merupakan barah terhadap Hamas.

“Inilah cara agensi perisikan bekerja seluruh dunia. Agen perisikan mereka sentiasa bekerja siang malam untuk melumpuhkan kumpulan Islam seluruh dunia”, kata Sayed.

Menurut Sayed Abdullah lagi kejadian rusuhan antara agama yang berlaku di Maluku yang menyebabkan kematian ribuan orang adalah jelas didalangi oleh pihak berkuasa barat dalam kempen membunuh umat Islam di sana.

“Matlamat mereka di Maluku ialah untuk menyekat Kepulauan Rempah ini dari Indonesia dan membentuk negara bukan Islam di tengah-tengah negara Islam terbesar di dunia”.

Sayed berkata pengeboman Bali pada 2001 adalah merupakan satu operasi yang secara jelas dibiayai oleh CIA dan Mossad dengan memperdayakan orang Islam untuk melakukannya.

CIA telah menggunakan agen bernama Omar Al-Faruq seorang Arab yang tinggal di Amerika Syarikat dan tahun sedikit mengenai Islam telah dihantar ke Indonesia untuk masuk ke dalam kumpulan Islam yang mereka label sebagai kumpulan pengganas.

Sayed mendakwa Australia, Amerika Syarikat dan Taiwan tahu Bali akan dibom tetapi mereka tidak berbuat apa-apa.

Al-Faruq telah ditahan pada 2002 oleh polis Indonesia dan dihantar ke Washington atas permintaan CIA.

Al-Faruq kononnya disoal siasat tetapi tidak pernah dihantar ke kem tahanan Guantanamo, Cuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan