Anwar nafi miliki 'video seks'

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa bekas orang kuatnya, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang beliau memiliki pita video yang memaparkan exco Selangor, Elizabeth Wong dalam keadaan intim.

"Nak layan apa, saya tidak ada video itu. Kalau saya ada saya akan dedahkan.Tetapi tiada buktipun bahawa saya ada. Dia tidak patut buat ini, ia tidak beretika dan tidak boleh diterima," kata Anwar di lobi parlimen hari ini.

"Saya tidak menonton (video itu). Saya tidak tahu jika dia menonton video lucah. Saya tidak tahu jika dia berbuat demikian,” kata Anwar di lobi parlimen hari ini.

Semalam, Zahrain mendakwa Anwar mempunyai sesalinan video berkenaan dan pernah menuntut supaya Wong meletakkan jawatan kerajaan dan partinya.

Zahrain juga mendakwa Anwar pernah berjanji kepada pemimpin PKR bahawa video itu akan ditayangkan bagi membuktikan perkara itu tetapi gagal berbuat demikian.

Mengulas dakwaan itu, Anwar berkata Zahrain adalah pemimpin politik upahan dan terjebak dengan 'politik murahan'.

"Ini cuma khabar angin, saya tidak memiliki video seumpama itu. Jika saya mempunyainya, saya akan edarkannya, itu keputusan saya. Selepas itu, baru kita boleh bertindak ke atas Wong. Tetapi setakat ini, tiada sebarang bukti.

"Jika anda mempunyai agenda politik, ia tidak sepatutnya menjurus ke arah membunuh kerjaya politik seseorang. Ini tidak beretika, tak bermoral dan tidak boleh diterima,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Wong membidas Zahrain kerana mendiskriminasi dan prejudis terhadap mangsa wanita.

Dalam kenyataannya, Wong mengibaratkan dirinya sebagai mangsa dan berkata Zahrain tidak sepatutnya berterusan memalukannya.

"Ia tidak memeranjatkan kerana BN terus mencabul peribadi saya dan menjadikan saya mangsa mereka,” kata Wong.

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan