CEO Apco tak jadi beri keterangan

Jawatankuasa hak dan kebebasan, Parlimen yang dijadualkan mendengar keterangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Apco Worldwide Brad Staples, hari ini tidak menjadi kenyataan.

Ia berikuta
n keputusan untuk menangguhkan mesyuarat hari ini. Keputusan itu memeranjatkan seorang lagi saksi yang dipanggil memberi keterangan hari ini - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

"Mereka (jawatankuasa itu) sedang membincangkan sesuatu...Saya tidak tahu apa yang dibincangkan itu,” katanya selepas menunggu kira-kira 90 minit untuk dipanggil.

“Saya tunggu tetapi tidak dipanggil baagi memberi keterangan. Saya kemudiannya dimaklumkan oleh setiausaha Dewan Rakyat bahawa mesyuarat ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.”

Pada mesyuarat jawatankuasa ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diminta mengemukakan bukti-buktinya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel.

Beliau yang juga ketua umum PKR sebelum ini berkata Apco Worldwide adalah firma yang bertanggungjawab mencetuskan kedua-dua idea 1Malaysia dan One Israel.

Berikutan itu, pada 22 April lalu, Dewan Rakyat memutuskan melalui undian suara untuk merujuk Anwar kepada jawatankuasa tersebut.

Selain Karpal Singh dan R Sivarasa yang mewakili Pakatan Rakyat, anggota parlimen lain yang menganggotai jawatankuasa itu ialah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Datuk Seri Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar) dan Nancy Shukri (BN-Batang Sadong).

Ia dipengerusi oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang juga Yang Dipertua Dewan Rakyat.

1 ulasan:

  1. Cerita Jawatan Kuasa Seperti Kanak kanak Tadika, Inilah Namanya Lempar Batu Sembunyi Tangan, Kalau Bole DSAI Di Hukum Pancung, mereka Akan Buat.

    BalasPadam